Penang FC ‘Tempang’ Di Awal Musim – Endrick Digantung 2 Minggu, Casagrande Sebulan

Endrick Casagrande Penang FC digantung Liga Super 2022

Penang FC hilang dua tonggak utama termasuk kapten untuk menghadapi saingan musim baharu Liga Super 2022 apabila Endrick dos Santos dan Casagrande telah digantung oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Menurut kenyataan FAM semalam, hukuman itu dikenakan susulan insiden pergaduhan yang tercetus dalam perlawanan terakhir kejohanan bola sepak empat penjuru, Piala YAB Menteri Besar Terengganu, Terengganu FC II lawan Penang FC di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu pada 9 Februari 2022.

Endrick digantung dua minggu berserta denda, sementara penyerang sensasi, Casagrande pula terpaksa melupakan saingan liga selama sebulan berserta denda. Untuk Penang FC, mereka turut didenda RM5,000.

Pemain TFC II, Aqil Irfanuddin turut dikenakan denda dan digantung sebulan, manakala seorang lagi pemain, Ridzuan Razali didenda serta menghadapi penggantungan selama dua bulan daripada aktiviti bola sepak.

TFC II turut didenda RM10,000 oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM atas kesalahan yang sama. Kesemua hukuman dan denda ini telah dibuat menerusi Timbalan Pengerusinya, Datuk Che Mokhtar Che Ali dan dimaklumkan tidak boleh dirayu. Amaran keras turut dikeluarkan agar para pemain tidak mengulanginya.

Kehilangan Endrick dan Casagrande yang digantung ini bakal merencatkan lagi Penang yang sudah terjejas banyak selepas kehilangan majoriti pemain-pemain musim lalu yang memilih untuk berhijrah ke pasukan lain.

Berikut merupakan kenyataan penuh Jawatankuasa Tatatertib FAM yang telah dikeluarkan semalam:

1. Kelab Bolasepak Terengganu II/Terengganu FC II

Kesalahan: Melanggar Artikel 54 Kod Tatatertib FAM yang dibaca bersama Artikel 74, perenggan 2 dan perenggan 3 Kod Tatatertib FAM akibat daripada kegagalan menjaga tingkah laku dengan baik apabila pemain-pemainnya bergaduh dengan pemain-pemain pasukan lawan (Penang FC) semasa perlawanan Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru Piala YAB Menteri Besar Terengganu, Terengganu FC II lwn Penang FC pada 9 Februari 2022 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu yang menyebabkan kecederaan.

Hukuman: Kelab Bolasepak Terengganu II/Terengganu FC II didenda RM10,000 serta diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. Keputusan ini tidak boleh dirayu.

2. Kelab Bolasepak Penang/Penang FC

Kesalahan: Melanggar Artikel 54 Kod Tatatertib FAM yang dibaca bersama Artikel 74, perenggan 2 dan perenggan 3 Kod Tatatertib FAM akibat daripada kegagalan menjaga tingkah laku dengan baik apabila pemain-pemainnya bergaduh dengan pemain-pemain pasukan lawan (Terengganu FC II) semasa perlawanan Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru Piala YAB Menteri Besar Terengganu, Terengganu FC II lwn Penang FC pada 9 Februari 2022 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu yang menyebabkan kecederaan.

Hukuman: Kelab Bolasepak Penang/Penang FC didenda RM5,000 serta diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. Keputusan ini tidak boleh dirayu.

3. Pemain Terengganu FC II – Muhd Aqil Irfanuddin Mohd Sabri

Kesalahan: Melanggar Artikel 59 Kod Tatatertib FAM yang dibaca bersama Artikel 74, perenggan 2 dan perenggan 3 Kod Tatatertib FAM kerana didapati melakukan provokasi terhadap pemain pasukan lawan (Endrick Dos Santos Parafita) semasa perlawanan Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru Piala YAB Menteri Besar Terengganu, Terengganu FC II lwn Penang FC pada 9 Februari 2022 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Hukuman: Pemain ini digantung selama sebulan daripada terlibat dengan sebarang aktiviti bola sepak termasuk aktiviti-aktiviti pentadbiran, pengurusan kesukanan bola sepak serta aktiviti yang bersampingan dengannya berkuatkuasa 24 Februari 2022 hingga 25 Mac 2022, didenda RM2,000 serta diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. Keputusan ini tidak boleh dirayu.

4. Pemain Penang FC – Endrick Dos Santos Parafita

Kesalahan: Melanggar Artikel 59 Kod Tatatertib FAM yang dibaca bersama Artikel 74, perenggan 2 dan perenggan 3 Kod Tatatertib FAM kerana didapati berkelakuan ganas apabila telah menumbuk bahagian belakang pemain pasukan lawan (Muhd Aqil Irfanuddin Mohd Sabri) semasa perlawanan Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru Piala YAB Menteri Besar Terengganu, Terengganu FC II lwn Penang FC pada 9 Februari 2022 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Hukuman: Pemain ini digantung selama dua minggu daripada terlibat dengan sebarang aktiviti bola sepak termasuk aktiviti-aktiviti pentadbiran, pengurusan kesukanan bola sepak serta aktiviti yang bersampingan dengannya berkuatkuasa 24 Februari 2022 hingga 9 Mac 2022, didenda RM1,000 serta diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. Keputusan ini tidak boleh dirayu.

5. Pemain Penang FC – Anselmo Arruda Da Silva

Kesalahan: Melanggar Artikel 59 Kod Tatatertib FAM yang dibaca bersama Artikel 74, perenggan 2 dan perenggan 3 Kod Tatatertib FAM kerana didapati berkelakuan ganas apabila telah menendang dengan aksi ”flying kick” pemain pasukan lawan (Mohammad Ridzuan Mohd Razali) semasa perlawanan Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru Piala YAB Menteri Besar Terengganu, Terengganu FC II lwn Penang FC pada 9 Februari 2022 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Hukuman: Pemain ini digantung selama sebulan daripada terlibat dengan sebarang aktiviti bola sepak termasuk aktiviti-aktiviti pentadbiran, pengurusan kesukanan bola sepak serta aktiviti yang bersampingan dengannya berkuatkuasa 24 Februari 2022 hingga 25 Mac 2022, didenda RM3,000 serta diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. Keputusan ini tidak boleh dirayu.

6. Pemain Terengganu FC II – Mohammad Ridzuan Mohd Razali

Kesalahan: Melanggar Artikel 59 Kod Tatatertib FAM yang dibaca bersama Artikel 74, perenggan 2 dan perenggan 3 Kod Tatatertib FAM kerana berkelakuan ganas apabila telah menendang dan menumbuk muka  pemain pasukan lawan (Muhammad Adib Abdul Ra’op) sehingga berdarah hidung semasa perlawanan Kejohanan Bola Sepak 4 Penjuru Piala YAB Menteri Besar Terengganu, Terengganu FC II lwn Penang FC pada 9 Februari 2022 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Hukuman: Pemain ini digantung selama dua bulan daripada terlibat dengan sebarang aktiviti bola sepak termasuk aktiviti-aktiviti pentadbiran, pengurusan kesukanan bola sepak serta aktiviti yang bersampingan dengannya berkuatkuasa 24 Februari 2022 hingga 24 April 2022, didenda RM4,000 serta diberi amaran keras dan hukuman yang lebih berat akan dikenakan jika mengulangi kesalahan yang sama. Keputusan ini tidak boleh dirayu.

Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN