Liverpool terus mengekalkan momentum kemenangan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila membelasah Leeds United 6-0 di Anfield.
Kemenangan besar itu sekali gus membenarkan pasukan dari Merseyside itu memotong kelebihan yang dimiliki oleh Manchester City di tangga teratas liga hanya kepada tiga mata.
Leeds menuju ke dalam perlawanan ini selepas kekalahan 4-3 di dalam ‘Roses Derby’ menentang Manchester United pada hujung minggu lalu di Elland Road.
Liverpool 6-0 Leeds.
The gap to Manchester City closes to three points 👀 pic.twitter.com/68YOxIwrfW
— GOAL (@goal) February 23, 2022
Tidak banyak perubahan dilakukan oleh Marcelo Bielsa kecuali perubahan formasi dan percubaan meletakkan Daniel James sebagai No.9 jadian sejak awal perlawanan di Anfield.
Skuad kendalian Jurgen Klopp seolah-olah menjadikan perlawanan pada awal pagi tadi itu sebagai pemanas badan menjelang perlawanan akhir Piala Carabao menentang Leeds pada hujung minggu ini dengan persembahan yang cukup dominan.
Dominasi tersebut termasuklah tiga gol yang dijaringkan di dalam 20 minit pertama perlawanan, termasuk dua sepakan penalti yang disempurnakan bintang Mesir, Mohamed Salah.
Tidak ketinggalan meletakkan nama sebagai penjaring dalam tempoh tersebut adalah Joel Matip yang menjaringkan gol pertama beliau untuk Liverpool sejak Disember 2020.
Mo Salah has surpassed Didier Drogba for most goal contributions by an African player in Premier League history.
… He did it in 72 less games 🤯 pic.twitter.com/rhMEzCEBYz
— ESPN FC (@ESPNFC) February 23, 2022
Mohamed Salah berjaya memecahkan rekod Didier Drogba sebagai pemain Afrika paling banyak gol di EPL. Menariknya, Salah melakukannya kurang 72 perlawanan berbanding Drogba.
Kemudian giliran Sadio Mane turut menghasilkan dua gol pada babak akhir perlawanan, sebelum tandukan pemain pertahanan terbaik dunia, Virgil van Dijk pada masa kecederaan melengkapkan kesensaraann buat Leeds.
Kemenangan besar menentang Leeds ini turut memberikan kelebihan perbezaan jaringan kepada Liverpool berbanding City. Liverpool kini memiliki perbezaan jaringan +50 berbanding City +46.
Kedua-dua pasukan akan menentang satu sama lain pada 9 April hadapan di Etihad.