Jadi Penyelamat Man United, Temubual Selepas Perlawanan Buktikan Kematangan & Mentaliti Elit Anthony Elanga

Anthony Elanga Manchester United

Gol pada lewat permainan oleh Anthony Elanga berjaya memastikan Manchester United mengikat Atletico Madrid 1-1 dalam perlawanan pertama pusingan 16 Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada awal pagi tadi.

Elanga yang dimasukkan pada separuh masa kedua hanya memerlukan satu sentuhan untuk menafikan gol pendahuluan Joao Felix menerusi tandukan terbang pada awal perlawanan.

Penyerang berusia 19 tahun itu bijak membuat larian untuk menerima hantaran Bruno Fernandes sebelum melapaskan rembatan rendah yang menewaskan Jan Oblak untuk mencetak  jaringan pertamanya di pentas Eropah yang juga gol ketiganya musim ini.

Muncul sebagai ‘dewa penyelamat’ pasukannya, apa yang lebih mencuri perhatian adalah temubualnya selepas perlawanan.

Elanga memerikan kredit kepada pengurus United, Ralf Rangnick yang memberikan kepercayaan untuk menurunkannya lebih kerap  membuatkan beliau begitu menikmati kempen pada musim ini.

Beliau membuktikan reputasi dan menunjukkan mentaliti elit yang dimilikinya ketika menjawab soalan ketika temubual oleh BT Sport selepas perlawanan.

“Saya rasa itu merupakan sentuhan pertama saya. Saya memang impikan momen seperti ini,” ujar pemain muda Sweden itu yang turut menjawab mengenai kepercayaan Ralf Rangnick terhadapnya.

“Seperti yang saya katakan, betapa ‘cool’ dan tenangnya saya ketika di Brentford. Apabila saya mendapat peluang untuk bermain, saya akan balas kepercayaan pengurus.

“Saya mahu jadi pemain terbaik di atas padang, saya amat menghargai bos.”

Bercakap mengenai kebangkitan United meskipun telah ketinggalan pada awal permainan, Elanga memberikan kredit kepada rakan sepasukannya yang cekal bertahan walaupun berhadapan dengan penyokong di tempat lawan.

“Kita perlu bertahan dalam perlawanan, ini adalah Liga Juara-Juara Eropah, pertandingan antara kelab terbaik di dunia dan kita perlu fokus sepanjang 90 minit,” tambahnya lagi.

“Walaupun kita tak bermain dengan baik pada separuh masa pertama, kemudian pada babak kedua pertukaran dibuat dan kami dapat ubah sedikit rentak permainan.”

Bercakap mengenai Elanga, pengurus United Ralf Rangnick memuji pemain mudanya itu dan menganggapnya sebagai seorang contoh ikutan.

“Saya amat berharap pemain-pemain lain akan jadikannya [Elanga] sebagai contoh dan role model,” ujarnya selepas perlawanan.

“Bukan hanya kerana dia melakukan benda yang betul, tetapi dia membuktikan dirinya seronok berada di atas padang.”

Malah ada juga yang berpendapat pemain-pemain senior United patut belajar dari sikap Elanga yang dianggap lebih matang.

Elanga dinaikkan ke skuad utama pada musim 2020/21 oleh bekas pengurus Ole Gunnar Solskjaer. Beliau membuat debut kompetitifnya pada 11 May 2021 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Leicester City menggantikan Marcus Rashford.

Gol pertamanya hadir pada aksi terakhir musim itu ketika berdepan Wolverhampton Wanderers di tempat lawan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN