Sarawak United memperkenalkan tiga pemain import baharu bagi menghadapi Liga Malaysia musim 2022.
Tiga pemain tersebut adalah Boris Kok, Gonzalo Sato dan Francis Kone bagi menggantikan Taylor Regan dan Sandro Mendonca.
Dua lagi pemain import daripada musim lalu, Uche Agba (Nigeria) dan Lee Chang-Hoon (Korea Selatan) pula dikekalkan untuk saingan musim ini.
Boris Kok (Kemboja)
Boris Kok adalah pemain kacukan Perancis-Kemboja dan akan memperkuatkan barisan tengah skuad Kenyalang Emas pada musim ini.
Berusia 30 tahun, karier awal pemain ini bermula di Perancis sebelum menyertai Phnom Penh Crown FC sejak 2012 lagi.
⚫🔴🟡
Welcome to Sarawak Boris Kok!!
Berasal dari Kemboja 🇰🇭 untuk memperkuatkan lagi barisan tengah Kenyalang Emas!#kutakkanberhenti #sarawakunitedfc #encangsampechampion #kitajuara #goldenhornbill #bringbackourglory pic.twitter.com/IIAZ7i0zLU— SARAWAK UNITED FC (@sufc_rasmi) February 22, 2022
Dibawa masuk untuk mengisi slot import Asia Tenggara, kehadiran pemain yang memiliki tiga kejuaraan Liga Perdana Kemboja ini dijangka akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan Zahril Azri (berhijrah ke Selangor) sebagai pemain tengah bertahan.
Gonzalo Soto (Argentina)
Gonzalo Soto merupakan nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi kepada penyokong bola sepak tempatan.
Pernah bekerja di bawah kendalian E. Elavarasan pada 2016 dan 2017, Soto adalah salah seorang anggota skuad PKNS FC yang muncul naib juara Liga Premier 2016, dan mara ke perlawanan akhir Piala FA pada musim yang sama.
⚫🔴🟡
Welcome to Sarawak Gonzalo Manuel Soto 🇦🇷
Our new centre-back!#kutakkanberhenti #sarawakunitedfc #encangsampechampion #kitajuara #goldenhornbill #bringbackourglory pic.twitter.com/HcYsq7siK6— SARAWAK UNITED FC (@sufc_rasmi) February 23, 2022
Sebelum menyertai Sarawak United, Soto beraksi bersama kelab Switzerland, AC Bellinzona.
Bakal mengisi kekosongan yang ditinggalkan Taylor Regan yang memilih untuk menyertai Newcastle Jets di Liga Australia, kehadiran Soto yang memiliki ketinggian 1.9 meter diharap mampu menjadi tunjang utama di bahagian benteng Sarawak United.
Francis Kone (Togo)
Francis Kone adalah bekas penyerang antarabangsa Togo kelahiran Ivory Coast. Seperti Soto, Kone turut memiliki pengalaman beraksi di Liga Malaysia selepas pernah beraksi bersama Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan pada musim lalu.
Berusia 31 tahun, Kone akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Sandro Mendonca dan bakal bergandingan dengan Uche Agba untuk membentuk gandingan serangan baharu skuad Kenyalang Emas.
Di dalam dunia bola sepak, pemain ini turut mendapat gelaran ‘malaikat penyelamat’.
⚫🔴🟡
WELCOME TO SARAWAK FRANCIS KONE!#kutakkanberhenti #sarawakunitedfc #encangsampechampion #kitajuara #goldenhornbill #bringbackourglory pic.twitter.com/MItpJc11G6— SARAWAK UNITED FC (@sufc_rasmi) February 22, 2022
Gelaran tersebut diberikan kepada Kone selepas tindakan pantas yang dilakukannya menyelamatkan penjaga gol kelab Bohemians, Martin Berkovec yang jatuh pengsan (tertelan lidah) selepas terlibat dalam perlanggaran dengan salah seorang rakan sepasukannya ketika perlawanan Liga Czech Republic.
Itu merupakan kali keempat Kone menyelamatkan pemain dengan cara sedemikian sepanjang bergelar pemain. Tindakan Kone mendapat perhatian pelbagai pihak termasuk FIFA sehingga memenangi anugerah Fair Play pada 2017.