Ronaldo Akan Tinggalkan Man United Jika Gagal Layak Ke UCL Musim Depan

Cristiano Ronaldo

Cristiano Ronaldo dilihat akan meninggalkan Manchester United jika pasukannya itu gagal mencapai sasaran untuk menamatkan musim ini dengan ‘bermaruah’.

Setakat ini, United mengalami musim yang serba tidak menjadi selepas terlepas jauh dari perebutan Premier League selain terkeluar daripada perebutan gelaran domestik.

Kini hanya satu cara sahaja lagi untuk United mengekalkan Ronaldo bagi saingan musim depan iaitu dengan sekurang-kurangnya layak ke saingan UEFA Champions League (UCL).

Sasaran itu dilihat merupakan perkara paling realisitik buat United musim ini walaupun dilihat sedikit sukar.

Faktor sedikit sukar itu disebabkan jika United memilih untuk layak ke saingan UCL musim depan sebagai juara pertandingan ini.

Hal tersebut semestinya sukar buat United kerana saingan masih lagi terbuka buat semua pasukan dan gergasi Eropah yang lain turut masih ada untuk memburu kejuaraan itu.

Sasaran itu masih lagi boleh dicapai menerusi saingan liga dengan memperoleh kedudukan empat teratas di akhir musim.

Buat masa sekarang, United menduduki kedudukan empat terbaik selepas bermain 25 perlawanan.

Tetapi mereka berisiko dipotong oleh dua kelab Utara London iaitu Arsenal dan Tottenham Hotspur yang berada di belakang mereka tetapi memperoleh kelebihan.

Arsenal dan Tottenham kedua-duanya mempunyai peluang untuk memintas United kerana mereka mempunyai kelebihan dua perlawanan dalam tangan.

Seandainya misi ke UCL gagal, United dikatakan bersedia untuk melepaskan Ronaldo dan menamatkan kisah romantik mereka buat kali kedua.

Namun begitu, Ronaldo tidak semestinya meninggalkan pasukan itu kerana dalam kontraknya tidak ada klausa menyatakan pemain itu boleh dilepaskan sekiranya United gagal ke UCL.

Namun melihat kepada standard dan prestij Ronaldo, mana mungkin beliau mahu bermain perlawanan Eropah pada malam Khamis bukan?

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN