JDT Terbang Bersama Malaysia Airlines

Malaysia Airlines Berhad menjadi syarikat terbaru yang tampil menjalin kerjasama bersama juara Liga Super Malaysia (MSL), JDT.

Kerjasama tersebut termeterai selepas kedua-dua entiti besar di dalam bidang bola sepak dan industri penerbangan itu menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) pada hari ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh JDT, hasil kerjasama eksklusif tersebut, pasukan JDT akan diterbangkan oleh syarikat penerbangan tersebut untuk semua perlawanan domestik di seluruh Malaysia dan juga ketika pasukan Harimau Selatan itu bertanding di kejohanan di peringkat Asia.

Lebih menarikm siru dokumentari ‘Fearless: Rise of The Southern Tigers akan ditayangkan di dalam sistem hiburan penerbangan di kesemua pesawat Malaysia Airlines ke seluruh rangkaiannya.

Di pihak JDT ia adalah satu peluang keemasan untuk terus memasarkan jenama kelab bola sepak itu ke seluruh benua. Malaysia Airlines terbang ke 1,100 destinasi di 150 buah negara seluruh dunia dan akan fokus kepada negeri Johor sebagai hub penerbangan baharu mereka terutama ke destinasi Malaysia Timur.

Langkah itu juga secara tidak langsung bakal mempromosikan Liga Malaysia ke seluruh dunia.

Ini sekaligus memastikan jenama JDT mendapat lebih 75 juta tontonan hasil dari beberapa siri usaha strategik yang telah dirancang oleh JDT bermula dari video pengenalan bahagian pertama jersi JDT Nike Home & Away 2022 tempoh hari dan satu lagi kerjasama bersama artis terkenal antarabangsa menerusi satu ‘worldwide release’. Luaskan Kuasamu Johor.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN