Bekas Penggempur VFL Wolfsburg II Jadi Taruhan Baharu Penang

Penang baru sahaja memperkenalkan pemain import mereka iaitu Hilal El-Helwe sebentar tadi di laman rasmi Facebook mereka untuk memperkuatkan jentera serangan musim ini dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) yang bakal membuka tirai tidak lama lagi.

Hilal yang mengisi slot Asia dilihat sebagai pertaruhan baharu skuad ini untuk berpasangan bersama penyerang import Penang sebelum itu, Cassagrande yang dilanjutkan kontrak atas kecemerlangan beliau beraksi pada musim lalu.

Pemain yang berketinggian 1.86 meter ini berasal dari Lubnan dan baru selesai tugasan beliau bersama skuad kebangsaan dan mempunyai rekod yang cukup bagus sepanjang beraksi di pentas antarabangsa termasuk meledak dua gol pada tahun 2019 ketika membuat penampilan sulung untuk menewaskan Korea Utara dalam aksi Piala AFC.

Sebelum itu, Hilal mula melibatkan diri dalam bola sepak sejak tahun 2008 dengan menyertai kelab pembangunan Hannover 96 di Jerman sebelum sah diikat secara profesional bersama kelab TSV Havelse yang beraksi di divisyen ketiga negara tersebut.

Bersama kelab tersebut, Hilal telah meledak 16 gol keseluruhan daripada 59 penampilan sejak 2013 hingga tahun 2015. Pada tahun seterusnya, beliau mengorak langkah bersama skuad simpanan VFL Wolfsburg II dengan 7 gol direkodkan sepanjang setahun di sana.

Penyerang serba boleh ini juga beraksi selama tiga musim bersama Hallescher FC dengan membuat 55 penampilan dan 4 gol berjaya diledak beliau sebelum berhijrah ke Greek Super League untuk mewakili kelab Apollon Smyrnis.

Pada tahun 2021, Hilal buat pertama kali beraksi di Asia dengan menyertai Jordanian Pro League untuk mewakili kelab Al Faisaly SC dengan hanya tiga penampilan sahaja dibuat sebelum menyertai Ahed selama enam bulan kontrak.

Bersama Ahed yang beraksi di Lubnan, Hilal telah meledak empat gol daripada 8 aksi ditampilkan beliau sepanjang bersama kelab tersebut.

Dalam karier antarabangsa, pemain ini mula membuat penampilan pertama pada tahun 2015 dengan 42 kaps berjaya dikumpul sehingga kini dan sembilan gol berjaya disumbangkan beliau untuk Lubnan.

Penang kini sah telah berjaya menandatangani dua pemain import baharu mereka untuk melengkapkan kuota lima pemain mereka musim ini.

Sebelum itu, Penang telah menandatangani pemain muda yang beraksi di posisi tengah dari Filipina iaitu Christian Rontini selain berjaya mengekalkan tiga tonggak mereka sebelum ini, Endrik Dos Santos, Rafael Vitor, dan Cassagrande.

Penang yang mendapat sentuhan jurulatih import, Tomas Trucha turut mengikat beberapa pemain tempatan seperti Faiz Subri. azzizan Nordin, Hamran Peter, Hafizul Hakim, dan Adib Raop.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN