Waran Tangkap Antarabangsa Dikeluarkan Terhadap Robinho

Pihak pendakwaraya Itali dilaporkan telah mengeluarkan waran tangkap antarabangsa terhadap bekas penyerang Brazil, Robinho semalam.

Menurut laporan berita agensi, pihak berkuasa di Itali turut memohon agar Robinho diekstraditisi ke negara tersebut selepas didapati bersalah untuk jenayah seksual.

Hakim di mahkamah tinggi Itali yang terletak di Rom pada bulan lalu menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun terhadap pemain bola sepak itu, selepas didapati bersalah menyerang seorang wanita muda pada Januari 2013.

Robinho pada ketika itu masih beraksi bersama AC Milan.

Semalam pihak pendakwaraya di Milan telah menghantar arahan ekstraditisi dan watan tangkap kepada Kemenenterian Kehakiman Itali.

Tiada respon atau sebarang kenyataan dikeluarkan oleh pihak kementerian mahu pun oleh pendakwaraya ketika diminta untuk memberikan komen mengenai kes tersebut oleh agensi berita AFP.

Peguam kepada mangsa, Jachopo Gnocchi pula memaklumkan kepada AFP bahawa kliennya tidak peduli sama ada Robinho dipenjarakan di Brazil atau pun Itali, asalkan Robinho menjalani hukuman atas jenayah yang dilakukan.

“Apa yang paling penting ialah dia perlu menjalani hukuman, terutama untuk jenayah yang dilakukannya, dan juga untuk melindungi wanita,” ujar peguam tersebut.

Laporan media mengesahkan perlembagaan Brazil tidak membenarkan rakyatnya diekstraditisi ke negara lain.

Namun waran tangkap antarabangsa bermakna Robinho berisiko ditangkap jika melawat negara lain.

Robinho kini berusia 38 tahun, pernah tampil dalam 100 perlawanan antarabangsa untuk Brazil dan merupakan salah seorang daripada enam lelaki yang didakwa melakukan jenayah seksual terhadap seorang wanita Albania ketika meraikan hari jadi di sebuah kelab malam di Milan.

Robinho memulakan karier profesional di Santos pada 2002 dan menyertai Real Madrid pada 2005. Beliau kemudiannya berhijrah ke Manchester City pada 2008 sehingga 2010 sebelum beraksi bersama AC Milan selama empat tahun sehingga 2014.

Pemain itu juga pernah beraksi di China bersama Guangzhou Evergrande, Atletico Mineiro di Brazil dan Istanbul Basaksehir di Turki.

Pada Oktober 2020, Robinho terpaksa melupakan hasrat kembali ke Santos selepas tekanan diberikan oleh penaja kelab berkaitan jenayah yang dilakukannya itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN