Dilabel Berlagak Seperti Raja, Guardiola Mahu Yaya & Ejen Minta Maaf Atau Terus Disisihkan

Seperti yang sudah dijangka, Yaya Toure tidak akan menjadi sebahagian daripada projek penting Guardiola di Etihad.

Yaya Toure antara pemain penting dalam revolusi Manchester City dan telah bersama kelab tersebut 6 tahun. Beliau dijual oleh Barcelona pada ketika itu yang diuruskan oleh Pep Guardiola.

Dalam senarai akhir pemain-pemain yang akan menyertai UCL musim ini, nama Yaya Toure turut tidak disenaraikan.

Ia mengundang kemarahan ejen Yaya Toure, Dmitri Seluk yang menyifatkan layanan Guardiola ke atas kliennya adalah satu penghinaan.

yayaseluk

Pep Guardiola: “Minta Maaf Atau Tidak Bermain Langsung!”

Selepas mendengar ‘keceluparan’ mulut Dmitri Seluk, Pep Guardiola mahu Yaya Toure bertanggungjawab dan segera meminta maaf.

“Dia (Yaya Toure) perlu memohon maaf kepada rakan sepasukan dan kelab ini. Jika dia tidak, dia tidak akan bermain langsung”

“Ia bukan mudah untuk mengeluarkan nama dia daripada skuad Liga Juara-Juara.”

“Sehari selepas itu, ejen beliau membuat kenyataan media. Kenapa dia (Yaya) tidak berani untuk menghubungi saya.”

“Saya tahu dia (Yaya Toure) seorang yang baik. Ia juga sukar bagi saya dan juga untuk mengeluarkan nama Aleix Garcia.”

Pep Guardiola turut menuntut permohonan maaf daripada ejen Yaya Toure dan menegaskan sekali lagi, Yaya Toure tidak akan bermain jika Dmitri Seluk (ejen Yaya Toure) tidak berbuat demikian.

Dmitri Seluk Tidak Mahu Meminta Maaf

Mendengar ugutan daripada Pep Guardioa, Dmitri Seluk sangat marah dan menganggap ia sesuatu yang biadap.

dimitri-seluk

“Jika Pep Guardiola mahu ‘berperang’, saya boleh berikan dia satu.”

“Pep tidak suka pendapat saya? Jadi, apa yang dia mahu saya katakan tentang situasi Yaya Toure?”

“Saya bersuara kerana saya merasakan Pep ada dendam dengan Yaya. Malangnya untuk Pep, kita hidup dalam dunia di mana sesiapa sahaja ada hak untuk bersuara.”

Pep Guardiola Bukannya Raja

“Guardiola baru memenangi beberapa perlawanan dan mulai berlagak dirinya seorang raja.”

“Saya sekarang di Eropah! Jadi saya bebas mengatakan apa sahaja, dan Guardiola tidak boleh menghalang saya.”

Pep Guardiola Hanya Mahukan Pak Turut

“Beliau menjawab kenyataan saya dan kemudiannya mengugut untuk menghukum Yaya. Tetapi saya tidak terkejut. ”

“Ini kerana Pep tidak mahu pemain yang menonjolkan personaliti mereka. Dia hanya mahukan pemain yang takut dengan dia dan akan melakukan apa yang dia kata.”

“Perkara pertama yang dia lakukan apabila dia tiba di City adalah memilih untuk bergaduh dengan Yaya dan Joe Hart, yang merupakan 2 pemain pemain terbesar kelab itu.”

“Hart adalah penjaga gol England. Yaya pernah memenangi Pemain Terbaik Afrika itu empat kali. Mereka adalah dua pengaruh besar di dalam bilik persalinan City. Perkara itu tidak disenangi Guardiola.”

“Apabila anda baru masuk ke rumah orang, anda perlu menghormati orang di sana. Anda tidak akan masuk ke dalam rumah mereka dan menghalau mereka keluar. Dia melakukan perkara yang sama di Barcelona.”

“Dia memaksa Samuel Eto’o untuk meninggalkan kelab. Zlatan Ibrahimovic, pemain yang bernilai £ 57 juta, juga dijual hanya dengan harga £18 juta.”

“Semua itu kerana Pep Guardiola, bukannya orang lain.”

Dmitri Seluk: “Saya hanya akan minta maaf jika…”

“Saya hanya akan meminta maaf kepada Guardiola jika dia meminta maaf terlebih dahulu kepada Pellegrini selepas apa yang berlaku kepada beliau.”

“Jika dia ada adab, hal ini tidak akan berlaku.”

“Beliau (Pellegrini) menandatangani kontrak baru tahun lalu namun dipaksa keluar kerana Guardiola mahu datang ke sana (Manchester City). Pellegrini seorang yang menghormati orang lain.”

“Guardiola juga perlu memohon maaf kepada Joe Hart. Sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan Guardiola, datang ke England dan kemudian menyingkirkan Hart begitu sahaja.

“Saya yakin, Yaya dan Hart bukan nama terakhir yang akan menjadi mangsa Guardiola.”

Ditanya oleh wartawan Skysports sekali lagi, sama ada beliau akan meminta maaf, Seluk menutup sidang media beliau dengan berkata:

“Baiklah, kenapa saya perlu memohon maaf?”

Yaya Toure Umum Persaraan Antarabangsa.

Sehari sebelum itu, ketua pasukan Ivory Coast, Yaya Toure telah mengumumkan persaraan beliau daripada peringkat antarabangsa.

Ia selepas Yaya berkhidmat selama 14 tahun dengan kejayaan manis menjuarai Piala Negara-Negara Afrika 2015 serta dinobat sebagai pemain terbaik Afrika sebanyak 4 kali.

“Menulis nota ini mungkin ‘perlawanan yang paling sukar dalam hidup saya’. Selepas 14 tahun beraksi di peringkat tertinggi, saya yakin ini adalah masa yang sesuai untuk saya, “kata Toure.

“Hakikatnya, saya sekarang sudah berusia 33 tahun, latihan yang ketat dan perlawanan yang intensif bukan sebab mengapa saya membuat keputusan ini.”

“Bola sepak adalah segala-galanya bagi saya dan ia memberikan banyak makna dalam kerjaya saya. Namun hari ini saya sudah tidak mampu meletakkan apa-apa matlamat baru bersama-sama dengan ‘The Elephant’, Ivory Coast”.

“Namun begitu, saya masih mampu untuk menyumbang kepada para pemain, kepada pemain-pemain muda di negara saya dan juga kepada benua Afrika mahupun kepada dunia.

“Saya ingin memberikan kanak-kanak apa bola sepak pernah saya lalui. Bola sepak memberikan banyak makna kepada hidup saya.”

_91313127_yaya_toure_getty

“Ia mengajar saya banyak perkara dalam kehidupan. Ini adalah salah satu pelajaran yang paling penting dalam hidup saya.” – Yaya Toure

Baca juga : Ejen Yaya Toure: Datuk Saya Pun Boleh Menang Liga Dengan Barcelona & Bayern Munich

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN