‘Eksperimen’ Berani Brad Maloney Dapat Pujian Ong Kim Swee

Datuk Ong Kim Swee yang merupakan pengendali utama Sabah menghamburkan kata pujian buat skuad Bawah 23 (B-23) negara apabila langsung tidak mempamerkan sikap gentar walaupun berhadapan pemain jauh lebih berpengalaman.

Jelas pengendali tersebut, pemain-pemain muda kebangsaan itu juga nyata langsung tidak menunjukkan sebarang riak sukar untuk memberi saingan yang cukup sengit dengan para pemain kendaliannya yang jauh lebih dewasa biarpun hadir tanpa beberapa tonggak utama dan hanya sempat berlatih beberapa hari sahaja di kem latihan pusat.

Walaupun begitu, pengendali berpengalaman berusia 51 itu menganggap semuanya masih terlalu awal untuk menilai keupayaan sebenar skuad bimbingan Brad Maloney itu memandangkan hanya baru beraksi satu perlawanan persahabatan tempatan dan bukannya bertemu lawan peringkat antarabangsa lagi yang nyata berbeza dari segi tekanan dan intensiti atas padang.

Bagaimana Anda Boleh Hidupkan ‘Vibe’ Tonton Bola Di Kedai Mamak Bersama sooka

“Pemain muda negara harus diberi pujian kerana tidak menunjukkan sebarang kesukaran bermain dengan pemain lebih senior. Ini menunjukkan satu pengalaman yang cukup baik, buat mereka sebelum ke Kemboja bagi kejuaraan AFF B-23.

“Namun masih terlalu awal untuk saya katakan mereka mampu menjadi pencabar bagi merebut kejuaraan itu memandangkan seperti yang kita tahu skuad ini bukanlah skuad utama yang sebelum ini dibarisi pemain muda berpengalaman.

“Sebab kita perlu faham, yang mereka main ini adalah perlawanan lokal dan bukannya antarabangsa yang saya lihat berbeza dari segi momentum dan intensiti,” katanya kepada Sukan Sinar pada Ahad.

Dalam pertemuan tersebut, Sabah terpaksa berhempas pulas untuk mengikat pasukan muda negara menerusi jaringan Stuart Wilkin pada minit ke-81 setelah sebelum itu T. Saravanan meledak gol pembukaan buat skuad Brad Maloney pada minit ke-76 dalam aksi persahabatan yang berlangsung di Stadium Likas, Sabah.

Pada masa sama, tindakan Brad Maloney yang menyenaraikan barisan pemain baharu untuk mengharungi kejuaraan tersebut juga dianggap sesuatu yang sangat berani oleh Kim Swee dalam persediaan untuk mengharungi lebih banyak kejohanan akan datang.

“Saya boleh katakan tindakan Maloney bereksperimen dengan meletakkan beberapa muka baharu tindakan bijak supaya dia ada kumpulan pemain yang besar untuk dipanggil sebagai persediaan menghadapi beberapa kejohanan selepas ini.

“Malah ia juga bagus buat pemain-pemain muda supaya dapat lebih pengalaman untuk bermain di peringkat antarabangsa,” katanya.

Ketika ditanya mengenai prestasi semasa skuad kendalian beliau, jelas Kim Swee ada banyak peningkatan yang dipamerkan oleh para pemain cuma sedikit kegusaran sahaja di bahagian serangan yang dilihat sedikit tumpul.

Justeru Kim Swee berharap kehadiran duo serangan import beliau iaitu Taiki Kagayama dari Jepun dan Altemir Cordeiro Pessoa Neto dari Brazil dapat menyelesaikan dengan cepat isu tersebut sebelum Liga Malaysia (Liga-M) bermula.

Sumber:
Sinar Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN