Sadio Mane menjaringkan penalti kemenangan untuk Senegal menewaskan Mesir 4-2 dalam penentuan sepakan penalti sekali gus memberikan kejuaraan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) pertama negara itu, selepas perlawanan berkesudahan tanpa jaringan walaupun selepas masa tambahan.
Penyerang sayap Liverpool itu terlebih dahulu kecewa selepas sepakan penalti pada minit ke-7 yang diambilnya diselamatkan oleh penjaga gol Mesir, Gabaski.
Di dalam penentuan sepakan penalti, aksi heroic penjaga gol Chelsea, Eduoard Mendy menafikan sepakan Mohanad Lasheen, memberikan Mane peluang menjulang Senegal di Stadium Olimpik Yaounde.
Bagaimana Anda Boleh Hidupkan ‘Vibe’ Tonton Bola Di Kedai Mamak Bersama sooka
Gabaski telah beraksi sehabis baik menyelamatkan Mesir pada masa tambahan, apabila menyelamatkan tiga percubaan Bamba Dieng.
Dan perlawanan akhir yang dilihat sebagai perseteruan di antara dua penyerang Liverpool – Mane untuk Senegal, dan kapten Mesir Mohamed Salah – berakhir dengan kemenangan buat Mane.
Semua empat perlawanan pusingan kalah mati melibatkan Mesir sepanjang kejohanan ini memerlukan lebih daripada 90 minit aksi. Mesir sebelum ini cemerlang menewaskan Ivory Coast dan Cameroon melalui penentuan sepakan penalti.
SADIO MANE SCORES THE WINNING PENALTY TO WIN #AFCON2021 FOR SENEGAL 👑 pic.twitter.com/OQj92Ys9VV
— GOAL (@goal) February 6, 2022
Sebelum perlawanan akhir menentang Senegal, Gabaski telah menyelamatkan empat sepakan penalti. Malang sekali, kali ini beliau gagal berbuat apa-apa untuk Mesir.
Tatkala nama Gabaski yang patut dijulang, Salah tetap menjadi perhatian media. Tidak dinafikan penyerang Mesir itu adalah penyerang sensasi. Tetapi beliau tidak berada di tahap terbaik ketika diperlukan oleh negaranya, dan ia juga mungkin jawapan mengapa Salah sering dipandang sipi untuk anugerah individu dunia bola sepak.
Mesir terlebih dahulu mesia-siakan sepakan apabila percubaan Mohamed Abdelmonem terkena palang sebelah kanan sebelum bola melantun keluar. Gabaski sekali lagi cemerlang menafikan Bouna Sarr untuk terus menghidupkan peluang Mesir.
🏆 Premier League winner
🏆 Champions League winner
🏆 Club World Cup winner
🏅 African Ballon d'Or
⚽️ Premier League top scorer And now…
🏆 Winner of Senegal's first ever #AFCON2021SADIO MANÉ IS SIMPLY A LEGEND! 🌟🇸🇳🦁 pic.twitter.com/M1Y65XMHUp
— Football Tweet ⚽ (@Football__Tweet) February 6, 2022
Namun selepas percubaan Lasheen diselamatkan, tiada apa-apa mampu dilakukan Gabaski untuk menyelamatkan sepakan Mane yang menuju penjuru bawah sebelah kiri gawang.
Mohamed Salah pula hanya mampu memerhati dan kempunan untuk mengambil sepakan penalti terakhir Mesir setelah dinamakan pengambil sepakan kelima untuk Mesir.
https://youtu.be/OeMVpK5EMVQ
Sebelum ini Senegal pernah muncul juara AFCON pada 2002 dan 2019. Kedua-dua pasukan akan bertemu sekali lagi pada bulan hadapan dalam perlawanan play-off Piala Dunia 2022 ke Qatar.
Siapa tahu giliran Salah pula membalas dendam kekecewaan tewas perlawanan akhir kali ini, dan giliran Mane pula yang menangis.