Terengganu FC menguasai perlawanan, namun gagal menewaskan Penang FC dalam aksi persahabatan empat penjuru turut melibatkan TFC II, Penang dan Sri Pahang, merebut Piala YAB Menteri Besar Terengganu 2022.
Perlawanan pertama yang dijangka menarik disebabkan prestasi baik kedua-dua pasukan musim lalu itu hanya berkesudahan seri 1-1. Namun ia hanya aksi pemanas badan dan bukan prestasi sebenar setiap pasukan.
Begitupun, ia masih menarik untuk dibincangkan kerana kita dalam fasa persediaan untuk musim baharu.
Mengapa Terengganu gagal untuk menang dalam aksi malam tadi? Dengan penguasaan yang ditampilkan – 65 peratus, mereka harusnya menang dan tiada alasan untuk seri mahupun tewas kepada Harimau Kumbang. Ini sedikit hasil kupasan daripada pemerhati bola sepak tempatan, Zuraimi Zukri tentang perlawanan tersebut.
Babak pertama Penang ‘shut down’
Aksi babak pertama menyaksikan Penang dilihat masih belum menemui kombinasi ’emas’ sebagaimana musim lalu. Mereka kehilangan majoriti pemain skuad utama yang telah berjaya mengejutkan semua pihak apabila menduduki tangga ketiga Liga Super – musim pertama mereka kembali ke saingan utama Liga Malaysia.
Disebabkan banyak muka baharu, mereka masih tercari-cari rentak permainan yang boleh diketengahkan pada musim ini. Pengendali, Tomas Trucha dilihat tandus ‘sentuhan’ di jentera sayapnya, tidak seperti musim lalu.
“Penang hilang kekuatan di bahagian sayap, sukar untuk mereka mendapat kekuatan yang sama seperti yang disumbangkan oleh [Sheriddin] Boboev dan Al Hafiz [Harun]. Danial Ashraf pula bermain sebagai ‘winger’,” ungkap Zuraimi di akaun Facebooknya tentang prestasi jentera sayap Penang malam tadi.
Mungkin atas sebab itu, Zuraimi mengatakan Penang ‘shut down’ teruk selepas 10 minit perlawanan bermula.
Sama ada mereka gagal untuk merangka sesuatu di atas ataupun ia adalah permainan taktikal Tomas Trucha.
Ini kerana, Harimau Kumbang berubah ‘total’ dalam babak kedua untuk kembali dalam permainan. Ujar Zuraimi, “Penang berubah 360 darjah selepas rehat dan mendapat jaringan moral -awal- melalui sepakan penalti.”
Statistik perlawanan Terengganu 1-1 Penang.
Powered by: @AtleadPass pic.twitter.com/hYDqx8Oifx
— TERENGGANU 11 (@11Terengganu) February 5, 2022
Barisan kedua Terengganu ‘gagal’
Biasalah dalam mana-mana aksi pra musim, kedua-dua pasukan akan membuat pertukaran besar-besaran. Ini kerana, setiap pasukan masih dalam proses uji cuba taktikal, pemain dan sebagainya, tidak terkecuali aksi ini.
“Nafuzi [Zain] melakukan tujuh pertukaran dalam tempoh kurang 5 minit, ketika pemainnya hilang rentak. Barisan kedua TFC tidak mampu memberi identiti permainan seperti barisan pertama -‘Possesion Football’.
“Pemain TFC mula menunjukkan karektor tegang apabila hilang kemampuan bermain ‘short passing’ dan hantaran sederhananya tidak lancar,” jelas Zuraimi tentang satu aksi tegang antara kedua-dua pasukan.
Begitupun, harus diakui kecemerlangan penjaga gol baharu Penang FC, Hafizul Hakim yang diterbangkan dari Perak FC musim ini. Beliau berjaya menafikan deretan peluang Terengganu untuk meledak gol tambahan.
.@FCTerengganu totalled 11 shots with 8 on target during last night match draw againts @Penang_FC. 🎯⚽️
🎥 Watch highlights https://t.co/KvPteMw4lt
Stats powered by @AtleadPass pic.twitter.com/s1RxpqkgTm
— Balrz.tv (@balrztv) February 6, 2022
Jika dilihat statistik penyerang utama Sang Penyu, Kpah Sherman, sekurang-kurangnya, lapan percubaan tepat dan hanya satu gol diciptanya sepanjang 65 minit beraksi. Jelas, Hafizul Hakim cemerlang di pintu gol.
Dan jika dilihat statistik keseluruhan, itulah keseluruhan percubaan tepat yang dilakar oleh Terengganu.
Kombinasi KKM belum diuji sepenuhnya
Kombinasi trio antara Kpah Sherman, Kipre Tchetche dan Jordan Mintah (KKM) masih belum diuji Nafuzi Zain.
“Mereka turun dengan trio serangan campuran [Kpah] Sherman-Faisal [Halim]-Arif Anwar, menyimpan Kipre dan Mintah. Trio yang ‘switch each others’ yang tidak mempunyai ‘center forward’ yang jelas. Jadi ini bukan lagi kekuatan sebenarnya,” jelas Zuraimi tentang kesimpulan jentera serangan Terengganu malam tadi.
Trio ‘KKM’ Sedia Gegar Penang FC Dalam Aksi Pembuka Tirai Kejohanan 4 Penjuru
Jadi, ini hanyalah uji kaji Nafuzi Zain kerana Kipre Tchetche dan Jordan Mintah yang diketahui memiliki naluri lebih baik di jentera serangan tiada dalam pasukan. Faisal Halim mungkin belum ada kesefahaman tajam bersama Kpah Sherman. Pengendali Terengganu itu masih belum menggunakan keseluruhan ‘senjatanya’.
Hasilnya, hanya percubaan tepat berjaya dicipta oleh Kpah Sherman. Faisal Halim dan Arif Anwar tiada impak.
Oleh itu, Penang tidak boleh berpuas hati apabila berjaya mengikat Terengganu, kerana ini bukan jentera serangan terbaik mereka dan hanya Hafizul Hakim cemerlang menafikan deretan peluang pihak lawan.
Bagaimana Anda Boleh Hidupkan ‘Vibe’ Tonton Bola Di Kedai Mamak Bersama sooka
Penutup
Ia sememangnya aksi yang menarik walaupun hanya aksi pra musim. Kedua-dua pasukan boleh dikatakan masih belum di tahap sebenar, namun daripada aksi malam tadi, mereka akan dapat lihat apa yang boleh diperbaiki sebelum tirai Liga Malaysia disingkap terutamanya pasukan yang bermula semula, Penang.