“Siang Malam Fikir Majukan Bola Sepak Negara” – Hamidin Dianggap Pemimpin ‘Terlampau’ Dedikasi

Hamidin

Syed Yazid Syed Omar selaku Ahli Jawatankuasa Eksekutif (EXCO) Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menyifatkan Datuk Hamidin Mohd Amin yang juga merupakan presiden badan induk sebagai seorang pemimpin yang berdedikasi dalam karier selain tidak mengira siang malam untuk berfikir cara menaikkan lagi mutu bola sepak Malaysia.

Disebabkan itu, beliau merasakan Hamidin merupakan satu-satunya individu yang paling berkelayakan dan tepat untuk terus menerajui organisasi utama bola sepak tanah air ketika ini dan merasakan tindakan untuk mendesak beliau melepaskan jawatan adalah tidak tepat dan berasas.

Bagaimana Anda Boleh Hidupkan ‘Vibe’ Tonton Bola Di Kedai Mamak Bersama sooka

Selaku Naib Presiden 1 Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Syed Yazid juga berpendapat Hamidin sewajarnya tidak meninggalkan FAM yang ketika ini amat memerlukan aura kepimpinannya untuk memberi perubahan positif kepada bola sepak negara.

“Dulu saya mungkin tidak sehaluan dengan presiden dan ketika pemilihan Kongres FAM sebelum ini juga, saya bukanlah dari barisan pilihannya, tetapi saya berjaya menang untuk berada dalam Ahli Jawatankuasa Eksekutif.

“Terus terang dan jujur dari hati ini, selepas saya bekerja di bawah kepimpinan Datuk Hamidin, beliau seorang ketua yang sangat berdedikasi dan melaksanakan tanggungjawabnya selaku presiden dengan baik sekali.

“Dari pagi sampai ke malam, saya lihat beliau tidak henti-henti bercakap mengenai bagaimana untuk naikkan bola sepak kita, meminta idea dan cadangan untuk dilaksanakan demi kebaikan pasukan dan seterusnya berbincang dalam mesyuarat EXCO.

“Sampai saya difahamkan beliau tidak cukup tidur fikirkan pasal bola sepak negara, dan sekarang pula perlu berdepan kritikan demi kritikan.

“Kalau ada peluru, saya sanggup jadi orang pertama yang mempertahankannya kerana saya tahu Datuk Hamidin sudah berikan segala-galanya buat FAM dan pasukan kebangsaan,” katanya dalam petikan Berita Harian.

Segelintir daripada penyokong serta pemerhati skuad Harimau Malaya sebelum ini telah mendesak Hamidin untuk mengundur diri daripada memegang jawatan Presiden FAM ekoran kredibiliti beliau yang dilihat tidak mampu untuk membawa skuad kebangsaan berjaya dan digeruni di rantau asia.

Tambahan Malaysia dilihat begitu lesu dalam aksi Piala AFF 2020 apabila sekadar tamat di peringkat kumpulan serta kekalahan besar di tangan Indonesia yang menjadi punca kemarahan para penyokong.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN