“Seperti Ada Pengintip Yang Beri Maklumat Kepada TMJ” – Datuk Jamal Nasir

Datuk Jamal Nasir

Datuk Jamal Nasir selaku bekas pemain bola sepak negara menyuarakan persoalan apabila beliau sedikit hairan apabila Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) dapat mengetahui keadaan yang sangat jelas di sebalik tirai Harimau Malaya.

“Saya pelik bagaimana Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim boleh tahu setiap apa yang berlaku dalam skuad Harimau Malaya, seperti ada pengintip yang memberikan maklumat kepadanya,” jelas beliau.

Terang beliau, apa-apa yang terjadi dalam kem kebangsaan sepatutnya tidak boleh didedahkan kepada orang ramai kerana boleh memberi tanggapan yang buruk secara tidak langsung melihat ada kepincangan berlaku membabitkan pemain dan kejurulatihan.

Bagaimana Anda Boleh Hidupkan ‘Vibe’ Tonton Bola Di Kedai Mamak Bersama sooka

Tambah beliau, sepatutnya ketika ini Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) diberi ruang serta peluang secukupnya untuk kembali memulihkan segala keretakan  berlaku membabitkan skuad negara termasuk usaha bagi merangka strategi berkesan dalam usaha meraih keputusan yang positif.

“Bagaimana TMJ boleh tahu semua. Mungkin ada spy (pengintip) yang memberikan maklumat. Saya tak tahu apa nak jadi dengan bola sepak Malaysia kerana apa yang berlaku dalaman membabitkan strategi atau taktikal pasukan tidak boleh diketahui orang luar.

“Sepatutnya tidak semua perkara boleh dibongkarkan kepada umum. Beri ruang dan peluang kepada FAM untuk buat kerja mereka kerana yang melantik barisan kepimpinan dalam kalangan bola sepak negeri juga.

“Semua ada hak untuk komen atau kritik namun terus sampaikan kepada FAM, bukannya buka satu persatu kepada umum kerana masalah tidak akan selesai,” katanya ketika dihubungi Arena Metro.

Baru-baru ini dalam suatu rancangan eksklusif yang membabitkan TMJ ada mengulas mengenai punca kegagalan skuad Harimau Malaya di saingan Piala AFF 2020 adalah disebabkan kegagalan badan induk tersebut yang tidak mengikuti perancangan asal untuk membawa skuad Bawah 23 tahun negara (B-23), sebaliknya diubah saat akhir kepada skuad senior.

Salah satu faktor itu telah menyebabkan para pemain senior keliru dan terpaksa mengubah pelan jadual cuti hujung tahun mereka bagi menyertai kem kebangsaan selain hanya beberapa tonggak utama terlepas disebabkan beberapa isu seperti Mohamadou Sumareh yang terpaksa menolak panggilan atas alasan berjumpa keluarganya di Gambia setelah tiga tahun tidak pulang ke sana.

Kegagalan bahagian media FAM dalam berkomunikasi untuk menyampaikan segala maklumat berhubung status pemain tidak dipanggil juga telah menimbulkan pelbagai persepsi tidak baik dalam para penyokong.

Dalam masa sama ketika ditanya mengenai bekas pengendali, Tan Cheng Hoe yang gagal mengawal bilik persalinan ketika saingan Piala AFF 2020 lalu termasuk membenarkan pemain sendiri menulis taktikal di papan putih perlawanan, pada pendapat Jamal Nasir situasi tersebut merupakan perkara biasa dan tidak perlu diperbesarkan sehinga menyalahkan jurulatih.

Tambah Jamal Nasir, perkara berkenaan mungkin tercetus apabila ada segelintir permain yang mahu berkongsi idea atau pengalaman dalam usaha memastikan skuad Harimau Malaya mencatat keputusan lebih baik.

“Ketika saya mewakili skuad kebangsaan dahulu, Datuk Soh Chin Aun turut berdiri di sebelah jurulatih untuk berkongsi idea dan perkara perlu dilakukan rakan sepasukan lain.

“Bagi saya tidak ada yang salah pun pemain beri keterangan dan bukanlah jika buat demikian jurulatih dilihat gagal mengawal bilik persalinan,” katanya.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN