Satu ketika dulu, pemain bernama Nabil Fekir dianggap sebagai salah seorang tunjang kepada kelab Ligue 1 – Olympique Lyonnais.
Persembahan beliau ketika itu begitu hebat hinggakan kelab Premier League, Liverpool begitu mahukannya dan ingin membawa Fekir ke Anfield pada 2018.
Namun langit tak selalu cerah, ketika perpindahan Fekir dari Lyon ke Liverpool hampir pasti terlaksana dan tinggal hanya pengumuman sahaja dilakukan, semuanya musnah.
Hal ini dikatakan Liverpool menolak untuk mengambil Fekir atas faktor kecederaan lampau beliau di bahagian lulut dan kelab itu khuatir yang ia akan menjadi beban kepada kedua-dua pihak.
Fekir kekal di Lyon untuk beberapa ketika sebelum mencipta satu lagi kejutan apabila akhirnya berpindah tetapi untuk kelab yang lebih rendah tarafnya berbanding Liverpool iaitu Real Betis.
Perpindahan ke Sepanyol yang berlaku pada 2019 telah menarik perhatian ramai dengan peminat bola sepak menganggap Fekir kini sudah jatuh darjatnya sebagai pemain apabila menyertai pasukan seperti Betis.
Namun, itu bukanlah seperti yang difikirkan.
Islamophobia
Tiga tahun selepas perpindahan Fekir ke Sepanyol barulah pemain itu mendedahkan punca kenapa dirinya memilih untuk tinggalkan Lyon.
Fekir mendedahkan yang dirinya menjadi mangsa kepada sentimen Islamophobia dalam kalangan pengurusan Lyon hanya kerana beliau seorang yang menyimpan janggut.
Pihak pengurusan Lyon mahu Fekir mencukur janggutnya kerana gayanya itu benar-benar menzahirkan ciri-ciri seorang lelaki Muslim dan itu tidak disenangi kelab.
Perkara itu jelas sekali tidak disenangi oleh Fekir dan itu menjadi sebab kenapa beliau memilih meninggalkan Lyon kerana berasakan dirinya disekat dari menjalankan hidupnya sebagai Muslim.
Amalan berjanggut adalah sunnah Rasullah S.A.W dan ianya dipraktikkan oleh majoriti lelaki Muslim di seluruh dunia.
Sementara Perancis pula merupakan sebuah negara yang mempunyai tahap Islamophobia yang tinggi dengan diskriminasi terhadap Muslim begitu membara dalam kalangan masyarakat mereka.
Malah terdahulu seorang kartunis Perancis iaitu Charlie Hebdo telah menimbulkan kemarahan apabila melakar karikatur menggambarkan Rasullah.
Fekir kini menjaringkan tujuh gol dan tujuh bantuan gol dalam 26 penampilan dalam kesemua kejohanan.