“Kalau Betul Sayang Bola Malaysia…” – TMJ Anggap Gaji Lim Teong Kim Terlalu Mahal

“Kalau betul dia nak buat pembangunan, sayang dengan bola sepak Malaysia, suruhlah dia buat dengan gaji RM20,000 – RM30,000 sebulan,” itu pendapat Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) mengenai Lim Teong Kim.

Dalam temubual secara eksklusif berdurasi lebih satu jam bersama wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dan Izahar Atan daripada Cakap Sukan, TMJ mendedahkan perkara-perkara yang berlaku di belakang tabir yang selama ini tidak diketahui ramai menjadi punca skuad kegagalan skuad Harimau Malaya di Piala AFF.

Turut tidak ketinggalan disentuh adalah mengenai bekas Pengarah Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP), dan ketua jurulatih skuad Bawah-16 tahun, Lim Teong Kim.

Belum layak kendali skuad negara?

Untuk rekod, Lim Teong Kim belum pernah mempunyai pengalaman mengendalikan mana-mana pasukan senior baik di peringkat kelab dan  pasukan kebangsaan sebelum ini.

Kebanyakan pengalaman jurulatih itdiraih di peringkat pembangunan akar umbi.

Selain pernah dilantik sebagai Pengarah NFDP dan Ketua Jurulatih skuad B-16 negara, Teong Kim juga pernah bergelar pembantu jurulatih skuad remaja Bayern Munich.

Gaji LTK terlalu mahal

Walaupun belum berkelayakan untuk mengemudi pasukan negara, TMJ berpendapat Lim Teong Kim masih boleh membantu bola sepak negara dari segi pembangunan tetapi dengan syarat harus merendahkan permintaan gaji.

“Untuk sistem pebangunan boleh… tapi nak gaji berapa? Masa dia [Lim Teong Kim nak kerja dengan saya, dia minta 70-80 ribu euro (RM330,000-RM380,000) sebulan dan nak bawa 2-3 orang pembantu,” kata TMJ menjelaskan pengalaman beliau dengan jurulatih berusia 58 tahun itu.

“Takkan saya nak bayar sampai begitu. Saya punya players dan ketua jurulatih pun tak sebanyak itu. Tetapi kalau betul dia nak buat pembangunan, sayang dengan bola sepak Malaysia, suruhlah dia buat dengan gaji RM20,000 – RM30,000 sebulan.”

Sejak meletak jawatan sebagai Pengarah NFDP, Lim Teong Kim kini telah kembali ke Jerman dan merupakan antara individu yang paling lantang mengkritik FAM dan sistem bola sepak negara.

Sanngupkah Lim Teong Kim merendahkan permintaannya dan kembali ke Malaysia bagi membantu FAM membangunkan sistem akar umbi?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN