‘Syabas Nur Azurin!’ – Penjaga Gol Skuad Kebangsaan Wanita Dinobat Penjaga Gol Terbaik Di India

Penjaga gol skuad wanita kebangsaan, Nur Azurin Mazlan dinobatkan sebagai penjaga gol terbaik di pertandingan Liga Wanita Karnataka (Karnataka Women’s League) baru-baru ini.

Karnataka Women’s League adalah divisyen utama liga bola sepak wanita di wilayah Kartanaka. Ia adalah saingan berasingan dan berada di bawah pertandingan elit bola sepak di India, iaitu India Womens’ League.

Penjaga gol berusia 21 tahun itu telah terbang ke India pada 23 Disember lalu untuk meraih pengalaman baharu di dalam karier bola sepaknya apabila menerima tawaran sebuah kelab amatur, Misaka United.

Azurin adalah antara tonggak Mala­yan Tigress ketika menewaskan Palestin 2-0 dalam aksi Kumpulan H, Kelayakan Piala Asia Wanita 2022, September lalu.

Nurul Azurin tidak menunggu lama untuk membuat penampilan penuh apabila dia diberi kepercayaan penuh oleh jurulatih pasukannya untuk beraksi dalam kesebelasan utama.

Ia sekaligus menjadikan Azurin sebagai pemain import pertama yang beraksi di Karnataka Women’s League. Pada debut pertamanya bersama Misaka United, Azurin berjaya membantu pasukan itu menewaskan Bengalaru Braves dengan jaringan 4-0, sekali gus merekodkan clean sheet.

Tanpa disedari tempoh dua bulan Azurin di India selama dua bulan sampai ke penghujungnya, dan beliau berjaya membawa pasukan itu mara ke perlawanan akhir.

Di perlawanan akhir pertama, Azurin sekali lagi beraksi cemerlang membantu Misaka United menewaskan Kickstart FC dengan jaringan 2-1. Nasib bagaimana pun tidak menyebelahi Azurin apabila Misaka tewas 3-1 dalam perlawanan timbal balik.

Walaupun kurang bernasib baik tewas di perlawanan akhir, aksi Azurin sepanjang pertandingan berjaya menjadikan beliau penjaga gol terbaik pertandingan tersebut.

Ia pasti menjadi pengalaman berharga buat Azurin. Syabas anak muda kerana berani menyahut cabaran.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN