Jurulatih baharu Melaka United, Risto Vidakovic sebelum ini menjadi mangsa kecaman dan dilabel sebagai ‘jurulatih penipu’ oleh penyokong Borneo FC sebaik sahaja beliau diumumkan sebagai ketua jurulatih untuk musim 2022.
Jurulatih daripada Bosnia dan Herzegovina berusia 53 tahun itu sah didatangkan oleh Melaka United tiga hari yang lalu untuk menggantikan Zainal Abidin Hassan.
Tidak masuk akal
Kecaman daripada penyokong Borneo FC di bahagian komen Instagram rasmi Melaka United sememangnya boleh difahami dan boleh dijangka kerana berpendapat Vidakovic sekadar memberi alasan dan berdalih untuk meninggalkan Borneo FC.
Vidakovic yang baru dilantik pada Oktober tahun lalu untuk menggantikan Mario Gomez di kelab yang berpengkalan di Samarinda, Indonesia itu sebelum ini meletak jawatan dengan memberi alasan enggan berjauhan daripada keluarga tatkala dunia sedang tidak berada di dalam keadaan menentu akibat pandemik dan varian virus yang melanda.
#BorneoFC mengumumkan penghentian kerja sama dengan pelatih Risto #Vidakovic, bersama dengan pelatih fisik Dzevad Saric. Munculnya varian #Omicron menjadi alasan di baliknya.#Liga1 pic.twitter.com/0tjrYKtPt2
— GOAL Indonesia (@GOAL_ID) January 20, 2022
Namun dua hari selepas dilepaskan oleh Borneo FC, bekas pengendali Ceres-Negros itu diumumkan sebagai ketua jurlatih Melaka United yang baru, lantas membuatkan ramai pihak di Borneo FC rasa tidak puas hati
Bos Borneo FC geram
Tidak ketinggalan melahirkan rasa terkejut dengan keputusan Vidakovic menyertai Melaka United adalah Presiden Borneo FC sendiri, iaitu Nabil Husein.
Malah Nabil sempat mengulang ciap ciapan awal yang dikongsi oleh seperti wartawan The Star, T. Avineshwaran, saat perkhabaran Vidakovic dilaporkan menarik minat Melaka United.
Uppss.. 😁 https://t.co/kSsvXJ904B
— H. Nabil Husein (@nabilhusein17) January 20, 2022
Beberapa laporan media dari Indonesia kemudiannya sempat berkongsi reaksi pemilik kelab Borneo FC itu yang menyifatkan tindakan jurulatih dari Bosnia dan Herzegovina itu sebagai tidak jujur.
“Kemarin pelatih itu tidak jujur. Rupanya ke Malaysia,” kata Nabil Husein seperti yang dipetik daripada Indosport.
Kekosongan yang ditinggalkan Risto Vidakovic bagaimana pun pantas diisi oleh Borneo FC dengan melantik bekas pengendali skuad B-19 dan B-16 Indonesia, Fakhri Husaini.