‘Ibarat Kembar Sumareh’ – Pemain Kacukan Sepanyol-Mali Lengkapkan Import JDT

Moussa Sidibe telah diumumkan sebagai pemain  import terbaru JDT, sekali gus melengkapkan senarai  pemain import kelab dari selatan tanah air itu pada musim ini.

Pemain sayap berusia 27 tahun itu dumumkan ketika JDT sedang berada di Dubai untuk latihan pra musim. Sidibe juga disahkan telah pun melapor diri bersama juara Liga Super Malaysia (MSL) apan kali beturut-turut itu.

Selain Sidibe, tiga lagi pemain import baharu menyertai JDT untuk saingan musim 2022 adalah Fernando Forestiieri, Bienvenido Maranon, dan Carli de Murga.

Empat pemain import daripada musim lalu iaitu Mauricio dos Santos, Shane Lowry, Leandro Velasquez, dan Bergson da Silva telah dikekalkan selepas JDT turut melepaskan Gonzalo Cabrera dan Syahrian Abimanyu baru-baru ini.

Walaupun dilahirkan  di Bamako, Malu, Sidebe yang turut beraksi sebagai pemain sayap kanan seperti Mohamadou Sumareh telah berhijrah ke Sepanyol sejak usia 12 tahun.

Karier profesional Sidebe bermula bersama kelab bawahan Liga Sepanyol, SD Almazan. Kelab terakhir yang diwakilinya pula adalah Costa Brava (secara pinjaman daripada Ponferradina).

Sidebe dipercayai menamatkan kontrak dan tempoh pinjaman tersebut untuk menyertai JDT menjelang musim baharu Liga Malaysia.

Kehadiran tiga pemain import ini bersama JDT bermakna skuad Harimau Selatan serius bertanding di dalam empat pertandingan termasuk, AFC Champions League pada musim 2022.

Pertandingan elit kelab bola sepak Asia itu membenarkan setiap pasukan bertanding mendaftarkan pemain import tanpa sebarang had pada musim ini, namun hanya boleh mendaftarkan empat pemain import maksimum di dalam skuad pada hari perlawanan.

Selain AFC Champions League, JDT turut akan beraksi di dalam pertandingan Liga Super, Piala Malaysia dan Piala FA selepas dua musim pertandingan tersebut tidak diadakan.

JDTkini berada di Dubai dan akan mengadakan perlawanan persahabatan menentang Spartak Moscow, Rodina Moscow, MSK Zilina dan Riga FC.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN