Untuk Misi ‘Ke Asia’, Selangor Beralih Kepada Pemain Berlatar Belakang Bola Sepak Asia?

Selangor FC Asia 2022 import Asia

Adakah Selangor FC sudah mengubah dasar DNA Jerman mereka apabila dilihat menandatangani penyerang, Caion dan dikhabarkan dalam usaha membawa seorang lagi pemain yang ada latar belakang bola sepak Asia?

Apa yang pasti, Caion atau nama sebenarnya Herlison Caion de Sousa Ferreira sudah sah menyertai The Red Giants untuk musim depan. Tinggal satu slot lagi untuk pemain import, apabila Yazan Al-Arab dan Baha’ Abdel-Rahman dari Jordan turut sah menyertai pasukan disamping Safuwan Baharudin yang telah dikekalkan.

Caion hampir empat tahun beraksi di Thai League bersama kelab seperti Navy, PT Prachuap dan Chonburi FC.

Tiga pemain DNA Jerman musim lalu telah dilepaskan iaitu dua pemain dari Jerman, Tim Heubach dan Manuel Konrad serta pemain yang berasal dari negara bersempadan dengan Jerman, Switzerland iaitu Oliver Buff.

Pengendali dari Jerman, Karsten Neitzel turut diketepikan sebagai penolong jurulatih kepada pengendali musim depan, Michael Feichtenbeiner yang juga berasal dari Jerman. Masih dikepalai oleh jurulatih berasal dari sana, namun haluan DNA mereka dilihat akan sedikit berbeza untuk membuka saingan Liga Malaysia musim 2022.

Dua pemain dari Timur Tengah telah dibawa masuk dan kita tahu kekuatan fizikal yang dimiliki oleh pemain dari sana. Dan Selangor mengisi slot yang berkait rapat dengan kekuatan fizikal untuk mereka iaitu bek tengah dan pemain tengah bertahan. Ini satu tambah nilai yang sangat baik, tambahan pula mereka berasal dari Asia.

Caion pula akan mengisi posisi di jentera serangan dan dikhabarkan oleh wartawan, Zulhelmi Zainal Azam menerusi temu bual di Astro Arena, seorang lagi penyerang akan dibawa masuk The Red Giants selepas ini.

Tampaknya, untuk menggantikan kekosongan yang ditinggalkan oleh Ifedayo Olusegun yang memilih untuk ke Melaka United, Selangor terpaksa membawa masuk dua penyerang. Khabarnya ada pengalaman di Asia.

Bakal mengetengahkan gandingan jentera serangan pemain kelahiran Brazil dan berpengalaman dengan selok belok bola sepak Asia, Selangor dijangka akan memperkenalkan Hyuri Henrique de Oliveira ke dalam pasukan.

Satiananthan: “Saya Sangka Jurulatih Jerman Boleh Bawa Mereka Ke Asia Tapi …”

Penyerang berusia 30 tahun itu pernah beraksi di Chinese Super League sekitar 2014 hingga 2017 bersama Guizhou Renhe FC dan Chongqing Lifan FC, selain beraksi di UAE Pro League bersama Hatta Club, musim lalu.

DNA Jerman sudah bertukar kepada DNA Asia? Tidak dapat dipastikan sama ada DNA Jerman masih akan dikekalkan untuk pasukan bawah umur mereka, namun perubahan besar pemain import dalam skuad utama seperti menunjukkan Selangor sedang merencana arah baharu dalam masa depan bola sepak mereka.

Semua pemain import mereka ada latar belakang bermain di pentas bola sepak di rantau Asia dan bukan di bawa terus dari rantau luar. Walaupun gandingan serangan adalah Brazil, kedua-duanya sudah bermain di rantau Asia. Oleh itu, mereka dilihat mungkin akan mudah untuk menyesuaikan diri untuk beraksi selepas ini.

Musim 2021 menjadi musim yang mengecewakan bagi Selangor dimana mereka menamatkan saingan Liga Super di tangga ke-5 dan hanya mampu mara sehingga ke peringkat suku akhir dalam saingan Piala Malaysia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN