‘Head Coach Harimau Malaya’ – Media Korea Selatan Dedah Hanya Tinggal Dua Calon, Yang Lain Tolak Lamaran FAM

Sebuah portal bola sepak Korea Selatan mendedahkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semakin hampir untuk mendapatkan jurulatih dari negara itu untuk menjadi ketua jurulatih skuad Harimau Malaya yang baharu.

Melalui laporan secara eksklusif Football Asian telah mendedahkan badan induk bola sepak negara itu sebelum ini telah menghubungi beberapa calon dari Korea Selatan sebagai pengganti Tan Cheng Hoe yang meletak jawatan pada awal Januari lalu.

Pilihan itu kini dipercayai terhad kepada dua calon selepas calon-calon lain dikatakan menolak tawaran oleh FAM.

Sebelum ini wartawan Astro Arena mendedahkan FAM memiliki empat calon dari Korea Selatan untuk mengisi jawatan ketua jurulatih pasukan negara.

Selain Kim Pan-gon dan Kim Hak-bum, dua lagi jurulatih yang dikatakan di bawah radar FAM sebelum ini adalah Park Jin-Seop dan Kim Byung-Soo.

Park Jin-seop kini adalah pengendali skuad kedua Jeonbuk Hyundai Motors, manakala Kim Byung-soo pula tidak terikat dengan mana-mana kelab selepas dipecat oleh Gangwon FC pada musim lalu. Kedua-dua calon dipercayai telah menolak kemungkinan untuk bergelar ketua jurulatih pasukan negara yang baharu.

Ini menjadikan dua calon yang kini masih berkemungkinan untuk diumumkan sebagai pengendali baharu skuad Harimau Malaya menurut Football Asian adalah Kim Pan-gon dan Kim Hak-bum.

Calon utama pilihan FAM dipercayai adalah Kim Pan-gon yang merupakan bekas pengendali Hong Kong. Beliau turut dikenali sebagai ‘Guus Hiddink Hong Kong’ kerana peranannya membangkitkan bola sepak bekas wilayah jajahan British itu.

Kim Pan-gon kini adalah ketua komuniti jawatankuasa khas Persatuan Bola Sepak Korea Selatan (KFA) yang betanggungjawab melantik ketua jurulatih skuad kebangsaan negara itu.

Kim Hak-bum pula adalah jurulatih yang bertanggungjawab membawa skuad Korea Selatan – turut membariskan Son Heung-min mememangi pingat emas Sukan Asia pada 2018.

Dua tahun kemudian beliau membawa Korea Selatan muncul juara Piala AFC B-23.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN