Tan Cheng Hoe Beri Bayangan Luqman Hakim Akan Disisihkan Lawan Indonesia

Luqman Hakim

Bayangan awal yang diberi oleh Tan Cheng Hoe ialah untuk merombak sedikit kesebelasan utama barisan pemain berdepan Indonesia pada malam ini.

Perlawanan yang diibaratkan penentu hidup dan mati Malaysia ini amat penting untuk Cheng Hoe merangkai taktikal yang terbaik bertemu lawan yang mendapat suntikan semangat sebelum ini bertemu Vietnam.

Antara bayangan diberi oleh Cheng Hoe termasuk mungkin tidak menyenaraikan Luqman Hakim sebagai penggempur utama bagi skuad kebangsaan malam ini.

Perkara ini dijelaskan setelah Cheng Hoe bagi memilih rangkaian serangan terbaik buat Malaysia bertemu lawan yang sangat ampuh dalam strategi bertahan.

Antara persoalan yang dicetuskan termasuk kemungkinan Guilherme De Paula atau Shahrel Fikri yang bakal membarisi kesebelasan utama negara bagi menggempur kubu lawan.

Cheng Hoe turut menjelaskan dalam tempoh 24 jam yang mereka miliki amat penting untuk memutuskan senarai kesebelasan utama pemain bertemu Indonesia sambil mengakui lawan kali ini sangat kuat.

Sama ada De Paula atau Shahrel Fikri, kedua pemain ini sangat berpotensi untuk diturunkan dalam kesebelasan utama dan memberi impak di bahagian serangan.

Dalam masa yang sama, jurulatih kebangsaan itu lega apabila Akhyar Rashid dan Junior Eldstal kembali berlatih bersama rakan sepasukan. Hanya Shahrul Saad dan Aidil Zafuan sahaja yang masih dilanda kecederaan.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN