‘Blunder Teruk UEFA’ – Ini Jadual Terbaru Pusingan Kalah Mati UCL Selepas Undian Semula

Undian untuk pusingan 16-pasukan UEFA Champions League (UCL) telah diisytiharkan terbatal dan tidak sah selepas berlaku ralat teknikal yang melibatkan beberapa pasukan termasuk Manchester United.

UEFA berkata dalam satu kenyataan rasminya;

“Berikutan daripada masalah teknikal dengan perisian daripada pembekal luar yang memberikan arahan kepada para pegawai tentang pasukan manakah yang layak untuk bermain sesama mereka, membawa kepada ralat material dalam undian Liga Juara-Juara UEFA pusingan 16-pasukan.

“Oleh sebab itu, undian terdahulu dikira sebagai terbatal  dan akan dilakukan semula pada pukul 1500 CET.”

Kontroversi undian

Pada awalnya dalam undian UEFA Champions League bagi pusingan 16 terbaik, Villarreal telah diundi untuk bertemu Manchester United namun undian tersebut tidak dikira kerana kedua-duanya datang dari kumpulan yang sama.

Bola undian yang mengandungi kertas undi tertera nama Manchester United kemudian telah diketepikan serta tidak diletakkan kembali dalam mangkuk dan undian diteruskan memilih lawan sebenar juara Europa League itu.

https://twitter.com/brfootball/status/1470373960995033091

Disitulah bermula tercetusnya kontroversi dan persoalan. Mengapa bola kertas undian Manchester United tidak diketepikan terlebih awal dan kemudian terus terkeluar daripada undian tersebut.

Itu bukan satu-satunya insiden yang berlaku ketika undian dijalankan. Petugas majlis turut meletakkan bola yang mengandungi nama pasukan Liverpool di dalam balang untuk menentukan pasukan yang berpotensi untuk bertemu Atletico Madrid

Hakikatnya skuad kendalian Jurgen Klopp itu sudahpun bertemu pasukan ibu kota Sepanyol itu di peringkat kumpulan.

Tiada Messi vs Ronaldo

Undian semula yang dilakukan bermakna tiada pertemuan di antara Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo seperti yang diharapkan oleh peminat bola sepak seluruh dunia.

Undian awal yang dibatalkan menyaksikan Paris Saint-Germain diundi menentang Manchester United.

Perlawanan itu ibarat pertemuan ‘El Clasico’ di mana kedua-dua pemain pernah menjadi watak utama perseteruan di antara Barcelona dan Real Madrid di La Liga.

Undian terbaru

Selepas undian semula dilakukan, Manchester United bakal berhadapan Atletico Madrid. Manakala Paris Saint-Germain (PSG) pula akan berhadapan wakil Sepanyol, Real Madrid.

Berikut adalah undian penuh semua lapan perlawanan melibatkan 16 pasukan terbaik pada musim ini selepas undian semula dilakukan.

1. RB Salzburg (AUT) vs Bayern Munich (GER)

2. Sporting CP (POR) vs Manchester City (ENG)

3. Benfica (POR) vs Ajax (NED)

4. Chelsea (ENG) vs Losc Lille (FRA)

5. Atlético Madrid (ESP) vs Manchester United (ENG)

6. Villarreal (ESP) vs Juventus (ITA)

7. Inter Milan (ITA) vs Liverpool (ENG)

8. Paris Saint-Germain (FRA) vs Real Madrid

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN