Bintang muda Barcelona, Riqui Puig pada ketika ini bergelut untuk mendapatkan minit permainan di bawah pengurusan Xavi Hernandez.
Apa yang lebih parah lagi, beliau bukan hanya sukar untuk mendapatkan minit permainan, bahkan Riqui Puig turut masih belum ada peranan tetap lagi di bawah kendalian pengurus baru.
Puig merupakan produk akademi La Masia dan beliau diharapkan bakal menjadi nadi penting dalam membantu menaikkan semula Barca yang sudah menjadi pasukan pertengahan liga sahaja pada musim ini.
https://twitter.com/futbol_house_/status/1468572308478611458?t=STpCWGtT7ED41_iHR0Tejg&s=19
Walaupun Barcelona berhasrat untuk menaikkan produk akademi mereka itu, namun Riqui Puig jelas sekali sedang bergelut dengan masalah kekurangan minit permainan.
Pemain midfield berusia 22 tahun itu tidak begitu digunakan ketika era kendalian Ronald Koeman, dengan ramai yang berharap beliau akan diberi minit permainan selepas kelab dikendalikan oleh Xavi Hernandez.
Walau bagaimanapun, nasib Riqui Puig sepertinya tidak berubah dengan beliau masih berdepan masalah sama ketika beraksi di bawah kendalian Xavi.
Beliau merupakan satu-satunya pemain yang bukan penjaga gol yang masih belum diturunkan dalam kesebelasan utama di bawah kendalian pengurus baru kelab.
Xavi telah menurunkan pemain seperti Luuk de Jong dan Samuel Umtiti dalam kesebelasan utamanya, namun kedua-dua pemain itu pada ketika ini tidak dijamin masa hadapan mereka bersama kelab.
📑 INFORMACIÓN: Riqui Puig es el ÚNICO jugador del Barça que ha sido SUPLENTE en TODOS los partidos desde que está Xavi Hernández de entrenador. 📑 ¿Opinión? Os leo y comparto. 🔵🔴Força Barça🔵🔴 pic.twitter.com/5IAmt3dAk3
— Carlos GdP (@CharlioGate) December 12, 2021
Sehingga ke hari ini, Riqui Puig hanya membuat tiga penampilan sahaja dari bangku simpanan, selepas enam aksi Barcelona di bawah kendalian Xavi Hernandez.
Hal ini menyebabkan beliau hanya berada di atas padang selama 83 minit sahaja sepanjang tempoh legenda kelab itu dilantik menjadi pengurus yang baharu.
Riqui Puig juga menjadi pemain Barcelona kedua yang paling kurang mendapat minit permainan di bawah kendalian Xavi, dengan Yusuf Demir merupakan pemain paling kurang minit permainan.
Di satu sisi lain, Sergio Busquets dan Gavi kekal menjadi dua pemain yang sentiasa diturunkan dalam kesebelasan utama Barcelona di bawah kendalian Xavi Hernandez.
Xavi, @JordiAlba, and @RiquiPuig react to #BarçaBetis pic.twitter.com/JEqeroq3WT
— FC Barcelona (@FCBarcelona) December 5, 2021
Pemain seperti Pique, Jordi Alba, Frenkie De Jong, Memphis Depay, Ronald Araujo dan Nico Gonzalez turun beraksi sebanyak lima kali dalam kesebelasan utama Barca dari enam perlawanan yang dikendalikan oleh Xavi.
Perubahan dari segi pengurusan jelas sekali tidak membantu Riqui Puig untuk mendapat tempat dalam skuad utama Barcelona.
Pemain midfield Sepanyol itu pernah beraksi di bawah kendalian Ernesto Valverde, Quique Setien, Ronald Koeman dan kini bersama Xavi Hernandez.
Di usia 22 tahun, Riqui Puig jelas sekali sangat memerlukan minit permainan yang mencukupi untuk membantu beliau mengembangkan kariernya menjadi bintang besar dalam dunia bola sepak.
FC Barcelona lost 1-0 against Real Betis at the Camp Nou on Saturday, leaving them further behind league leaders Real Madrid. Xavi, Jordi Alba and Riqui Puig all spoke after the match.
✍️ @mehulmittal754 https://t.co/ARD5roajRJ
— Blaugranagram (@Blaugranagram) December 4, 2021
Barcelona kini bakal membuat penampilan dalam saingan Europa League
Barca gagal untuk melayakan diri ke aksi pusingan kalah mati saingan Champions League, dan menyebabkan mereka buat pertama kalinya sejak 17 tahun lalu tersingkir di peringkat kumpulan.
Gergasi Catalan itu akan meneruskan perjalanan mereka di pentas Eropah dalam saingan Europa League sahaja.
Barcelona telah diundi untuk bertemu dengan gergasi Serie A, Napoli dalam aksi pusingan kalah mati saingan Europa League.
Melihat kedudukan mereka dalam saingan liga sangat teruk pada ketika ini, Europa League bakal menjadi platform terbaik untuk Barca layak ke saingan Champions League musim hadapan.
Barça will face @en_sscnapoli in the Europa League
First leg:
🏟️ Camp Nou
📅 17/02Return:
🏟️ Diego Armando Maradona Stadium
📅 24/02 pic.twitter.com/EoBPsapu4w— FC Barcelona (@FCBarcelona) December 13, 2021
Barcelona pada ketika ini berada di kedudukan kelapan dalam carta saingan La Liga, dengan mereka hanya mampu mengumpul 24 mata dari 16 perlawanan.
Harapan untuk mengakhiri saingan liga di kelompok empat teratas sepertinya sedikit sukar untuk Barca, dan cara terbaik untuk mereka beraksi di pentas Champions League musim hadapan, adalah dengan menjuarai saingan Europa League musim ini.