3 Pemain Barcelona Yang Dianggap ‘Tidak Boleh Disentuh’

Barcelona telah mengenal pasti Ansu Fati, Gavi dan Nico Gonzalez sebagai pemain yang ‘tak boleh disentuh’ dalam skuad utama pada ketika ini.

Pengurus kelab, Xavi dalam perancangan untuk membuat rombakan kelab dan menurut laporan dari siaran TV Catalan, Channel Esport3, tiga pemain di atas tidak akan dijual oleh kelab.

Sementara pemain lain pula perlu buktikan sesuatu untuk mendapat tempat dalam skuad utama Barcelona pada ketika ini.

Selepas tersingkir dari saingan Champions League pada minggu lalu, para pemain Barcelona teruk dikritik terutama kerana aksi hambar yang mereka persembahkan.

Gergasi Catalan itu pada ketika ini berada di kedudukan ketujuh dalam carta saingan La Liga, dengan mereka 16 mata dibelakang pendahulu liga, Real Madrid.

Kepimpinan kelab sedar yang mereka perlu lakukan sesuatu untuk pastikan Barcelona kembali menjadi antara pasukan yang paling digeruni di benua Eropah.

Dan atas alasan yang sama jugalah mengapa Barcelona melantik legenda kelab, Xavi untuk menggantikan Ronald Koeman sebagai pengurus kelab pada bulan lalu.

Sementara ketibaan Xavi tidak membawa apa-apa perubahan ketara dari segi keputusan, Barcelona sangat berharap agar mereka akan kembali beraksi dipentas Champions League musim hadapan.

Kepimpinan kelab pada ketika ini bahkan sudah menyediakan perancangan khusus untuk Xavi pada jendela perpindahan akan datang.

Sebagai langkah utama untuk membawa Barcelona kembali menjadi pesaing utama di benua Eropah dan Sepanyol, Xavi kini sedang dalam perancangan untuk melakukan rombakan besar-besaran.

Pengurus berusia 41 tahun itu mahu memastikan setiap pemain dalam skuadnya perlu buktikan sesuatu untuk jamin tempat dalam skuad utama.

Menurut laporan sama, Fati, Gavi dan Gonzalez merupakan antara pemain yang ‘tidak boleh disentuh’ dengan tempat mereka dalam skuad utama sudah terjamin.

Para pemain lain perlu membuktikan sesuatu untuk mendapat tempat dan antara pemain yang benar-benar dituntut untuk buktikan sesuatu adalah Philippe Coutinho.

Barcelona tidak melihat pemain lain dalam skuad kecuali tiga pemain itu sebagai keutamaan untuk dikekalkan dan mereka tiada masalah untuk menjual kesemua pemain lain.

Bahkan pemain veteran seperti Marc-Andre ter Stegen, Gerard Pique, Jordi Alba dan Sergio Busquets juga turut dituntut untuk buktikan sesuatu.

Masih belum dapat dipastikan siapa pemain dari skuad Barcelona yang bakal kekal di Nou Camp pada permulaan musim 2022/23 nanti.

Xavi juga sedang dalam usaha beliau untuk menyingkirkan pemain yang bergaji tinggi dalam skuad agar kelab mampu menstabilkan semula kedudukan ekonomi Barcelona.

Pada jendela perpindahan Januari ini, sudah ada beberapa pemain yang ada dalam radar Barcelona, dengan mereka turut bersedia untuk melepaskan beberapa pemain dalam usaha untuk mendapatkan dana tambahan.

Pada jendela perpindahan musim panas akan datang pula, Barcelona dilaporkan mahu mencari pemain-pemain free ejen untuk ditandatangani supaya pihak kelab tidak perlu mengeluarkan dana yang besar untuk membayar yuran perpindahan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN