3 Jenis Bentesan Utama Dalam Bola Sepak

Bentesan atau tackle adalah satu aksi bertahan untuk menghalang pihak lawan daripada melepasi pertahanan dan cuba untuk memenangi bola.

Ia adalah sebahagian daripada aspek penting dalam bola sepak. Berikut kami senaraikan 3 jenis bentesan yang utama dalam bola sepak.

1. Bentesan Dari Hadapan (Blocking Tackle)

Bentesan jenis ini amat berkesan untuk mematikan gerakan lawan yang bergerak ke arah pertahanan. Ia adalah bentesan dengan visi yang baik iaitu pemain melihat di mana kedudukan bola dalam keadaan standing tackle.

international-champions-cup-2016-ac-milan-v-chelsea-800x595

Peratusan untuk bentesan ini gagal agak tinggi. Ini kerana Kebiasaannya faul kerana faktor masa (timing) yang lambat dan juga kelincahan pemain pertahan untuk menukar arah gerakan.

Namun begitu, bentesan ini kebiasaan sesuai digunakan dalam kotak penalti yang sesak berbanding dengan sliding tackle.

Kelebihan bentesan ini adalah, ia akan memberikan pertahanan kelebihan untuk merampas penguasaan dengan segera dan efisien untuk melancarkan serangan balas dengan segera .

Oleh itu, ramai jurulatih yang bermain taktik bertahan akan mengarahkan pemain berada di belakang bola dan menjerit ‘face the ball!’

Ketika melakukan bentesan ini pemain pertahanan akan menurunkan pusat graviti mereka dan kaki akan cuba menerjah ke arah bola..

Jika hadangan dilakukan dengan badan statik atau body blocking. Ia adalah faul jika kaki tidak ada gerakan yang menunjukkan mereka cuba memenangi bola.

2. Bentesan Dari Arah Tepi (side block tackle)

Ia adalah bentesan yang dilakukan dari arah tepi. Biasanya digunakan untuk mematikan gerakan secara duel atau pemain penyerang yang sudah melepasi pemain pertahanan.

article-2097401-119d84b1000005dc-959_634x455

Ia boleh dilakukan sama ada dengan kaki dalam atau kaki luar ketika bersaing untuk mendapatkan bola.

Ia dilakukan sama ada dalam keadaan berhadapan dengan pertahanan ataupun dalam keadaan bersaing dengan pemain lawan secara duel fizikal.

Untuk situasi yang memerlukan pemain bersaing dengan pemain lawan, pemain pertahanan akan memberikan cabaran fizikal keras dengan larian yang deras. Biasanya dalam keadaan pemain pertahanan berlari seiring dengan pemain serangan lawan.

AC Milan forward Niang Mbaye tries to tackle a Chelsea FC player as Chelsea FC meets AC Milan in the first half at U.S. Bank Stadium on Wednesday, August 3, 2016. (Pioneer Press: John Autey)

Seterusnya, pemain pertahanan akan cuba memintas pemain lawan ataupun men’cucuk’ bola dengan kaki mereka.

Potensi kejayaan bentesan ini agak sukar ditentukan kerana terlalu bergantung kepada aspek yang melibatkan duel atau persaingan teknikal di antara kedua-dua pemain.

Dari segi merampas semula penguasaan bola, bentesan ini adalah yang paling rendah kadarnya. Bola biasanya akan melantun atau bergolek ke tempat lain.

3. Sliding Tackle

Di antara ketiga-tiga bentesan. Sliding tackle adalah yang paling keras dan berimpak. Ia adalah bentesan yang memerlukan pemain merebahkan badan atau meluncur.

Germany's midfielder Bastian Schweinsteiger (R) vies with Spain's striker Pedro during the 2010 World Cup semi final Germany vs Spain on July 7, 2010 at the Moses Mabhida stadium in Durban. NO PUSH TO MOBILE / MOBILE USE SOLELY WITHIN EDITORIAL ARTICLE -        AFP PHOTO / GABRIEL BOUYS (Photo credit should read GABRIEL BOUYS/AFP/Getty Images)(Photo Credit should Read /AFP/Getty Images)

Sliding tackle dilakukan daripada semua arah. cuma kami berharap janganlah mencuba sliding tackle seperti Phil Jones dalam gambar di bawah ini.

phil-jones-v2

Ia kekadang menjadi satu gamble. Dari segi keberkesanan, ia adalah yang paling tinggi di antara ketiga-tiga jenis bentesan.

Namun jika tersilap timing ia akan memberikan risiko seperti hilang bola di garisan pertahanan terakhir yang akhirnya mendedahkan penjaga gol kepada situasi 1v1.

Selain itu, kesilapan dalam timing juga boleh mengakibatkan bentesan kotor yang memberikan risiko kepada pemain lawan seperti kecederaan terutama untuk bentesan yang menggunakan kedua dua belah kaki.

image_1-img

Oleh itu bentesan yang menggunakan kedua-dua belah kaki ataupun terjahan dengan tapak kaki (stamping) boleh dikenakan kad merah terus.

Momentum dan pertembungan yang kuat boleh menyebabkan kecederaan yang serius jika ia silap dilakukan.

Dari segi merampas semula penguasaan bola untuk melancarkan serangan balas, bentesan ini jauh lebih baik daripada bentesan dari tepi.

Baca juga: Kecederaan ACL: Bunyi ‘Pop!’ Di Lutut Yang Ditakuti Pemain Bola Sepak

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN