Harimau Malaya Ancam Tarik Diri Jika Tidak Dibenarkan Tambah Pemain?

Skuad Harimau Malaya mengancam akan menarik diri jika tidak dibenarkan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF). Sejauh manakah dakwaan ini?

Beberapa laporan media di Vietnam mendakwa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengancam untuk menarik diri daripada kejohanan Piala AFF 2020 yang sedang berlangsung di Singapura andai tidak dibenarkan oleh penganjur untuk membawa pemain baharu.

Media Vietnam putar belit

“Malaysia Ugut Tarik Diri Sebelum Perlawanan Menentang Vietnam,” antara tajuk dalam laporan yang ditulis oleh VN Express.

Anehnya, laporan tersebut mengatakan ia dipetik daripada laporan oleh Stadium Astro.

Semakan kami pula menemui laporan sebaliknya. “Piala AFF 2020: Harimau Malaya pasrah andai usaha bawa pemain baru tidak kesampaian” – adalah laporan yang disiarkan oleh Stadium Astro mengenai situasi di dalam kem negara.

Malah di dalam artikel tersebut, Stadium Astro turut melaporkan rasa positif dan keyakinan oleh Tan Cheng Hoe terhadap baki pemain yang dibawanya untuk menggalas kekosongan pemain lain yang terpaksa direhatkan.

FAM rayu AFF?

Sebelum ini terdapat laporan mengatakan FAM sedang berusaha untuk mendaftarkan beberapa pemain baharu untuk kejohanan tersebut selepas empat pemain setakat ini telah disahkan positif Covid-19.

Sebelum ini Ketua Jurulatih, Tan Cheng Hoe hanya mendaftarkan 24 pemain untuk ke Singapura.

Peraturan oleh pihak penganur pula membenarkan setiap pasukan bertanding membawa masuk 30 pemain untuk kejohanan ini.

Faisal Halim dan penjaga gol, Khairulazhan Khalid menjadi dua pemain pertama disahkan positif virus tersebut sejak saringan pertama dilakukan di Singapura.

Dua lagi pemain selepas itu, iaitu Akhyar Rashid dan Quentin Cheng turut disahkan positif sebelum perlawanan kedua menentang Laos tempoh hari.

Malaysia bukan satu-satunya pasukan yang hilang pemain akibat Covid-19 di kejohanan ini. Tetapi daripada jumlah pemain yang  didaftarkan, nyata pasukan lain jelas lebih bersedia untuk sebarang kemungkinan yang tidak dapat dielakkan.

Namun situasi ini boleh menjadi pengalaman berguna buat pasukan negara dalam menghadapi kejohanan-kejohanan lain pada masa akan datang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN