Pandangan Ikhlas Safee Sali Dianggap Remehkan ‘Timnas Indonesia’

Siapa tidak kenal Safee Sali di dalam kancah saingan bola sepak Malaysia. Begitu juga di Indonesia.  Ada sebabnya mengapa nama Safee Sali begitu popular di kalangan pengikut bola sepak Indonesia.

Bukan sahaja kerana Safee pernah mencipta nama memukau peminat bola sepak di sana dengan aksinya di Liga Indonesia. Tetapi penyerang KL City FC ini juga pernah menjadi duri dalam daging memusnahkan impian Sang Garuda untuk menjulang Piala AFF buat kali pertama pada 2010.

Dalam perlawanan akhir pada 2010, Safee menjaringkan dua gol di perlawanan akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk Malaysia memperolehi kelebihan selesa 3-0, dan kemudian sekali lagi meledak satu gol di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta untuk memastikan cabaran Sang Garuda berakhir.

Indonesia bukan pasukan pilihan

Seperti kebiasaan setiap kali menjelang kejohanan dwi tahunan, perlawanan-perlawanan lalu akan disingkap kembali. Pendapat-pendapat bekas pemain dan jurulatih turut disiarkan media tempatan untuk menghangatkan suasana pertandingan.

Tidak ketinggalan ialah pendapat Safee Sali yang tampil sebagai penjaring terbanyak kejohanan edisi 2010 dengan lima gol. Beliau memiliki pandangan tersendiri mengenai cabaran setiap pasukan khususnya Kumpulan B yang menempatkan Malaysia, Indonesia, Vietnam, Kemboja dan Laos.

“Ini adalah kumpulan yang sukar, kerana Vietnam dan Malaysia berada dalam kumpulan yang sama dengan Indonesia, Laos dan Kamboja,” kata Safee Sali, ketika berakap kepada salah sebuah media tempatan baru-baru ini.l

“Untuk mengungguli dua kedudukan teratas ia bukan hanya memerlukan kepakaran, tetapi juga semangat juang.

“Saya berharap Vietnam dan Malaysia akan terus [ke peringkat seterusnya]. Indonesia membawa pasukan muda yang berpotensi ke kejohanan ini. Tetapi dibandingkan dengan pesaingnya, pemain muda ini masih kurang pengalaman.

“Tidak kira berapa besar cita-cita [Shin Tae-yong], dia harus menerima kenyataan bahawa Piala AFF 2020 bukanlah waktu terbaik untuk mengharapkan sesuatu yang besar daripada pasukan ini.”

Media Indonesia tersinggung?

Kenyataan oleh Safee itu kemudiannya dipetik oleh beberapa media di Indonesia, dan ia dianggap meremehkan cabaran Sang Garuda di Singapura.

Ia juga dianggap meremehkan usaha Shin Tae-yong membawa Indonesia muncul juara Piala AFF buat kali pertama di dalam sejarah bola sepak negara itu.

Untuk rekod, Indonesia pernah muncul naib juara sebanyak lima kali. Selain dari 2010, Indonesia turut muncul naib juara pada 2000, 2002, 2004 dan 2016.

Indonesia akan memulakan cabaran di Piala AFF menentang Kemboja pada hari ini. Pertemuan menentang Malaysia yang sentiasa dianggap sebagai musuh tradisi dan seteru nusantara pula adalah pada 19 September akan datang, iaitu perlawanan terakhir peringkat kumpulan yang boleh menjadi penentu kemaraan kedua-dua pasukan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN