Premier League minggu ke-13 sepertinya telah menyajikan aksi-aksi hebat dan menakjubkan dari para pemain bersama 18 pasukan yang lain.
Sama seperti minggu-minggu sebelum ini, keterujaan dan hiburan yang disajikan tetap hebat dengan para peminat sepertinya melalui hujung minggu yang memuaskan hati pada minggu ini.
Selepas mengharungi 13 perlawanan, Chelsea kekal di puncak saingan liga dengan mengumpul 30 mata, satu mata mengatasi Manchester City yang berada di kedudukan kedua.
Chelsea fails to beat Manchester United in league play for the 8th straight time 😯 pic.twitter.com/kAyLDa66mf
— ESPN FC (@ESPNFC) November 28, 2021
Liverpool pula satu mata dibelakang Manchester City dan dua mata di belakang Chelsea dengan mereka pada ketika ini berada di kedudukan ketiga.
West Ham United dan Arsenal berkongsi kutipan mata yang sama dengan mereka berada dikedudukan keempat dan kelima dalam carta saingan Premier League.
Wolverhampton Wanderers, Tottenham Hotspur dan Manchester United kini sedang mengekori rapat Arsenal untuk masuk ke zon lima teratas dalam saingan Premier League.
Aksi pada minggu ini ternyata sangat menghiburkan dengan Arsenal berjaya mencatatkan kemenangan selesa 2-0 menewaskan Newcastle United.
Watch free highlights of today's 4-0 @PremierLeague victory over Southampton on LFCTV GO now 📺
— Liverpool FC (@LFC) November 27, 2021
Liverpool sekali lagi kenduri gol dengan mereka mencatatkan kemenangan besar 4-0 menewaskan Southampton, sementara aksi pertemuan Norwich bertemu Wolves dan Brighton bertemu Leeds United pula berakhir dengan kedudukan seri tanpa jaringan.
Brentford dan Manchester City masing-masing mencatatkan kemenangan tipis menewaskan Everton dan West Ham pada hujung minggu baru-baru ini.
Aksi pertemuan antara Burnley bertemu Tottenham Hotspur pula terpaksa ditangguhkan kerana masalah gangguan cuaca.
Pendahulu saingan Premier League, Chelsea pula hanya mampu mencatatkan keputusan seri 1-1 bertemu dengan pasukan yang beraksi tanpa pengurus tetap, Manchester United.
BREAKING: Burnley vs. Tottenham is postponed due to heavy snow pic.twitter.com/JjV6JrcimY
— B/R Football (@brfootball) November 28, 2021
Berikut merupakan lima fakta paling menarik pada aksi saingan Premier League GW13 yang telah dilangsungkan pada hujung minggu baru-baru ini.
5. Jadon Sancho kembali menemui sentuhan jaringan
Jadon Sancho merupakan salah seorang penandatanganan mega Manchester United pada jendela perpindahan musim panas baru-baru ini.
Walau bagaimanapun, pemain muda itu teruk dikritik oleh pelbagai pihak pada awal kariernya di Old Trafford kerana beliau dilihat bergelut untuk mendapatkan tahap persembahan terbaiknya.
🔥 Jadon Sancho gives @ManUtd the lead at Stamford Bridge.
🤩 @ManUtd's big money man has arrived! pic.twitter.com/DLISh622lQ
— SPORF (@Sporf) November 28, 2021
Kini, beliau sepertinya sudah berjaya mendapatkan sentuhan tajamnya semula, dan kembali menemui rentak jaringan selepas meledak gol pertamanya dalam saingan Premier League.
Ketika aksi bertemu Chelsea, pasukan tuan rumah dilihat begitu dominan dalam perlawanan tersebut, dan mereka dilihat terlalu sukar untuk dicabar oleh Manchester United.
Walau bagaimanapun, kesilapan dari Jorginho telah dihukum oleh Jadon Sancho untuk menjaringkan gol pendahuluan Manchester United, dengan beliau berjaya membuktikan ketajaman penyudahnya untuk memanfaatkan kesempatan tersebut.
Pemain berusia 21 tahun itu tenang berdepan dengan penjaga gol paling berprestasi dalam dunia bola sepak hari ini, Edouard Mendy, seterusnya membuka akaun golnya dalam saingan Premier League.
Tough game against a good opposition, delighted to score my first PL goal. ⚽️
Rest and recover in another important game on Thursday. @ManUtd pic.twitter.com/Esn9qAJg0B— Jadon Sancho (@Sanchooo10) November 28, 2021
Gol pertama Sancho bersama Manchester United adalah ketika aksi pada awal minggu lalu, yang mana beliau meledak gol membantu Red Devils menewaskan Villarreal 2-0 dalam saingan Champions League.
4. Arsenal kembali menemui rentak kemenangan
Arsenal akhirnya kembali menemui rentak kemenangan ketika beraksi bertemu Newcastle United, dengan mereka pada minggu lalu baru sahaja diaibkan dengan kekalahan 4-0 di tangan Liverpool.
Skuad kendalian Mikel Arteta itu berjaya untuk kembali bangkit dan mempamerkan aksi persembahan yang berbeza berbanding ketika mereka dibelasah pada minggu lalu.
Takehiro Tomiyasu won 100% of his duels in the first half against Newcastle (4/4), while no Arsenal player made more tackles (2).
He’s dealt well with Allan Saint-Maximin and also had three shots! 😀 pic.twitter.com/CmRxfwuidM
— Squawka (@Squawka) November 27, 2021
The Gunners jelas terlalu sukar untuk ditandingi dengan mereka mendominasi perlawanan bertemu Newcastle itu dari awal sepak mula, hingga tamat aksi perlawanan.
Gol jaringan dari Bukayo Saka dan Gabriel Martinelli pada aksi babak kedua permainan sudah cukup untuk mengesahkan kemenangan selesa 2-0 mereka menewaskan kelab terkaya dalam dunia bola sepak itu.
Kemenangan tersebut membantu Arsenal untuk mengutip jumlah mata yang sama dengan West Ham, dan mereka juga sedang dalam usaha untuk berada di kelompok empat teratas dalam saingan Premier League.
3. Manchester City terus beri tekanan kepada pendahulu liga Chelsea
Manchester City terus memberi tekanan kepada Chelsea yang sedang berada di puncak saingan Premier League pada ketika ini, selepas kejayaan mereka menewaskan West Ham 2-1.
Snow is falling,
All around us,
Gundo's scoring,
Having fun! ❄️#ManCity pic.twitter.com/uUDPU6ScBn— Manchester City (@ManCity) November 29, 2021
Walau beraksi dalam keadaan cuaca yang tidak begitu baik, Man City tetap tenang mempamerkan persembahan terbaik mereka, untuk menewaskan The Hammers.
Gol jaringan dari IIkay Gundogan dan Fernandinho sudah cukup untuk mengesahkan kemenangan City, seterusnya mencucuk rapat Chelsea yang sedang berada di puncak saingan liga.
Gundogan jelas sekali merupakan pemain terhebat dalam perlawanan tersebut, selepas beliau mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan.
Pemain midfield itu membuka tirai jaringan pada minit ke-33 permainan, sebelum beliau menghasilkan assists berkelas dunia untuk gol kemenangan City jaringan Fernandinho.
FULL TIME | A wonderful win! 💙
🔵 2-1 🔴 #ManCity pic.twitter.com/GHHuOjGpwl
— Manchester City (@ManCity) November 24, 2021
Kemenangan ini memperlihatkan Man City terus mencabar Chelsea di puncak saingan liga, dengan mereka kini hanya dipisahkan dengan satu mata sahaja.
Selepas mencatatkan keputusan seri bertemu United, Chelsea sepertinya tidak boleh keciciran mata lagi selepas ini, kerana City sudah bersedia untuk memintas mereka.
2. Chelsea berduka hanya mampu kutip satu mata di Stamford Bridge
Ekoran kemenangan besar 4-0 menewaskan Juventus, Chelsea dijangka akan sekali lagi kenduri gol ketika melayan kunjungan Red Devils ke bumi Stamford Bridge minggu ini.
https://twitter.com/swiftscores/status/1465220182582996996?t=p7veL1i9AQrqffNrok8BnA&s=19
Sebaliknya, Chelsea mengharungi malam yang sukar, dengan mereka sebenarnya hampir sahaja untuk dikejutkan dengan kekalahan 1-0 bertemu United.
Walaupun berjaya mendominasi sepenuhnya aksi dalam perlawanan ini, namun The Blues terlebih dahulu ketinggalan dalam perlawanan ini.
Jadon Sancho membuka tirai jaringan pada aksi babak kedua permainan, selepas beliau cemerlang memanfaatkan kesilapan yang dilakukan oleh Jorginho.
Chelsea dalam perlawanan ini sangat dominan, namun mereka terlalu tumpul dan serba tidak menjadi ketika masuk ke kawasan final third.
Thomas Tuchel has given his thoughts on Chelsea's performance in their 1-1 draw against Manchester United on Sunday night. https://t.co/koo8tVKAJD
— Sportskeeda Football (@skworldfootball) November 29, 2021
Kekasaran keras dari Aaron Wan Bissaka telah menghadiahkan sepakan penalti kepada pasukan tuan rumah, dengan Jorginho mudah menyempurnakan sepakan penalti itu untuk memadam gol pendahuluan yang dijaringkan oleh Sancho.
Chelsea masih kekal di puncak saingan Premier League pada ketika ini, namun mereka berpotensi untuk dipotong oleh Liverpool dan Man City yang hanya dipisahkan dengan satu ke dua mata sahaja dibelakang mereka.
1. Liverpool semakin garang dan terus merekodkan jaringan besar
Liverpool merupakan pasukan paling digeruni di England dan Eropah pada ketika ini, dengan mereka sedang benar-benar berada di tahap persembahan terbaik sebagai satu pasukan.
Liverpool have now won their last five home games against Southampton without conceding a single goal:
✅ 2-0
✅ 4-0
✅ 3-0
✅ 3-0
✅ 4-0Domination. pic.twitter.com/ccNHcqLY28
— Squawka (@Squawka) November 27, 2021
Aksi hebat yang dipamerkan oleh Liverpool sangat menarik untuk disaksikan dengan jentera serangan mereka benar-benar menunjukkan tahap kualiti yang sukar untuk ditandingi.
Selepas membelasah Arsenal 4-0, skuad kendalian Jurgen Klopp itu meneruskan rentak kecemerlangan mereka dengan mengaibkan Southampton juga dengan keputusan sama di Anfield.
Diogo Jota cemerlang meledak dua gol sebelum Thiago Alcantara menambah derita Southampton pada aksi babak pertama dalam perlawanan tersebut.
Virgil Van Dijk berjaya menjaringkan gol pada aksi babak kedua permainan, seterusnya mengesahkan kemenangan 4-0 Liverpool menewaskan Southampton.
Watch free highlights of today's 4-0 @PremierLeague victory over Southampton on LFCTV GO now 📺
— Liverpool FC (@LFC) November 27, 2021
Tiada siapa mampu pertikaikan kemampuan jentera serangan Liverpool pada ketika ini, dengan mereka terus menerus mencatatkan kemenangan besar dalam saingan liga musim ini.
Dari tiga perlawanan terakhir mereka dalam semua pertandingan, Liverpool sudah berjaya menjaringkan 10 gol dan tidak merekodkan sebarang bolos.
Selepas menewaskan Arsenal 4-0, mereka berjaya menundukkan Porto 2-0 dalam aksi saingan Champions League, sebelum kembali beraksi dalam saingan Premier League untuk mengaibkan Southampton 4-0.
Current Premier League top scorers:
1st – Salah (11)
2nd – Mane (7)
3rd – Jota (7)The best front 3 in the league. 🌟 pic.twitter.com/irWvHN50Jc
— Watch LFC (@Watch_LFC) November 27, 2021
Bukti nyata yang jentera serangan Liverpool dianggap yang terhebat dalam dunia bola sepak adalah melihat kepada senarai penjaring terbanyak dalam saingan Premier League.
Trio serangan The Reds, Mohamed Salah (11), Sadio Mane (7) dan Diogo Jota (7) berada di kedudukan tiga teratas dalam merebut anugerah kasut emas.