EPL: Persembahan Cemerlang Diogo Jota Bantu Liverpool Belasah Southampton

Diogo Jota

Liverpool meneruskan kecemerlangan minggu ke-13 EPL dengan menewaskan Southampton tanpa sebarang masalah di Stadium Anfield dengan keputusan 4-0

Beraksi di laman sendiri nyata menjadi kelebihan buat Liverpool untuk memulakan dengan rentak yang bertenaga biarpun lawan terlebih dahulu hampir mendapat peluang menerusi Jan Bednarek melalui sepakan sudut sebelum tandukan beliau sedikit tersasar.

Anfield gamat dengan sorakan para penyokong The Reds pada minit ke-2 apabila Diogo Jota membuka tirai jaringan menerusi hantaran cantik daripada Andy Robertson dari sebelah kiri.

Permainan yang pantas dipamerkan Liverpool sedikit sebanyak menyukarkan anak buah Ralph Hasenhuttl untuk menyeimbangkan permainan.

Sesekali mereka cuba menyerang balas menerusi gerakan Che Adams dan Armando Broja namun kecemerlangan pertahanan Liverpool berjaya dihalang sepenuhnya.

Pada minit ke-12 hasil sekali lagi hantaran Robertson di sebelah kanan berjaya disudahkan dengan baik oleh Mane namun pengadil mengesan ada pergerakan ofsaid untuk membatalkan gol tersebut.

Minit ke-23 gerakan solo Armando Broja hampir menyamakan kedudukan sebelum Allison cemerlang menutup ruang untuk menyelamatkan rembatan Broja dari membolosi gawang beliau.

Minit ke-27 umpanan terus Che Adams kepada Broja dikesan ofsaid setelah penyerang itu berlari terlebih awal sebelum bola dihantar kepada beliau.

Pada minit ke-32 Anfield sekali lagi menjadi gamat dengan sorakan apabila hantaran silang Mo Salah dari sebelah kanan mudah disudahkan oleh Jota untuk gol peribadi kedua beliau pada perlawanan kali ini.

Belum pun sempat pelawat untuk cuba membina kembali corak permainan sekali lagi mereka terpaksa akur dengan kesilapan diri apabila Thiago Alcantara mudah melepaskan rembatan deras dari dalam kotak penalti pada minit ke-37 setelah bola gagal dikeluarkan dengan baik dari kawasan berbahaya.

Ada beberapa deretan peluang yang hampir membenarkan tuan rumah menambah gol keempat namun kali ini barisan pertahanan Southampton lebih cepat mengeluarkan bola.

Menjelang tamat separuh masa pertama, Liverpool hampir menambah gol keempat setelah berjaya mencipta serangan balas pantas yang menyaksikan Salah gagal memberi hantaran yang lebih baik untuk Jota dan Mane untuk disia-siakan begitu sahaja.

Di separuh masa kedua, tidak banyak dapat diperkatakan apabila bola lebih banyak berlegar di tengah padang dengan kedua pasukan dilihat lebih berhati-hati di bahagian pertahanan.

Mane mendapat satu peluang menarik pada minit ke-51 namun rembatan deras beliaubdari sebelah kiri luar petak penalti berjaya ditepis Alex McCarthy yang tidak rela dari terus dibocori.

Namun penjaga gol tersebut terpaksa akur seminit kemudian apabila Virgil Van Dijk menambah gol keempat permainan menerusi sepakan sudut yang diambil oleh Trent Alexander Arnold.

Southampton cuba bertindak balas untuk sekurangnya memburu satu gol namun rembatan Adam Armstrongs berjaya dihadang kemas oleh Ibrahima Konate.

Pada minit ke-73, Jota melepaskan peluang beliau untuk mencipta hatrik apabila rembatan beliau tersasar jauh melepasi palang walaupun mendapat hantaran baik daripada Robertson.

Salah cuba untuk mencari gol kelima permainan namun rembatan beliau dari sebelah kanan berjaya dikeluarkan dengan baik oleh Mohamed Salisu selaku pertahanan lawan pada minit ke-76.

2 minit berselang, giliran Alex Oxlade Chamberlain melepaskan peluang keemasan apabila rembatan deras beliau dari luar petak penalti cemerlang ditepis oleh McCarthy.

Milner selaku pemain gantian juga gagal menambah gol kelima perlawanan apabila rembatan leret beliau pada minit ke-81 sedikit tersasar di sebelah kiri.

Keputusan kekal sehingga ke wisel penamat dengan Southampton terpaksa akur dengan kekalahan mereka yang ke-5 musim ini.

Manakala Liverpool pula berjaya memintas Manchester City untuk berada di tempat kedua sementara apabila City masih kekurangan 1 perlawanan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN