Indonesia nampaknya begitu serius mahu memburu kejuaraan Piala AFF Suzuki 2020 yang akan bermula tidak lama lagi.
Terbaharu ketua jurulatihnya, Shin Tae-yong telah pun memberikan senarai empat pemain yang berpangkalan di Eropah kepada Persatuan Sepakbola Seluruh Indonesia (PSSI) untuk memperkuatkan pasukannya.
Menurut laporan CNN Indonesia, dua daripada senarai itu telah diketahui berdasarkan satu dokumen yang terlihat dalam sekeping gambar yang dibawa ke pejabat PSSI dan mereka adalah Jordi Amat dan Sandy Walsh.
Jordi Amat mungkin nama yang paling mencuri perhatian kerana pemain kelahiran Catalonia ini pernah beraksi di pentas Liga Perdana Inggeris dan Liga Europa (UEL) bersama Swansea dan kini merupakan pemain kelab Belgium KAS Eupen.
Beliau pernah dianggap sebagai prospek masa depan Sepanyol dan pernah mewakili skuad Sepanyol B-16 sehingga B-21, tetapi tidak berpeluang untuk membuat penampilan untuk skuad senior La Roja. Pemain bek tengah ini mengakui mempunyai darah keturunan Indonesia dari sebelah ibunya.
Sandy Walsh pula adalah pemain kacukan Belgium-Belanda dan beraksi di sebagai perthanan kanan untuk KV Mechelen juga di Liga Belgium. Beliau pernah mewakili Belanda di peringkat B-15 hingga B-20 dan menjuarai Kejuaraan Eropah B-17. Pemain berusia 26 tahun ini turut mengakui mempunyai darah Indonesia dari keturunan Ibunya.
According to Indonesian media, The Indonesian national team coach Shin Tae Yong has asked the names of the players below to be able to represent the Red and White. 🇮🇩
– Sandy Walsh (26/RB)
– Jordi Amat (29/CB)
– Mees Hilgers (20/CB)
– Kevin Diks (25/RB) pic.twitter.com/Q7kZOlNRQA— Asian Football (@AsianFootballs) November 12, 2021
Walaupun dua lagi nama masih belum dapat disahkan, namun menurut beberapa laporan media Indonesia mereka adalah Mees Hilgers dan Kevin Diks.
Mees Hilgers adalah pemain muda kelahiran Belanda yang beraksi untuk FC Twente. Baru berusia 20 tahun, beliau mula membuat debutnya untuk kelab Eredivisie itu pada Disember tahun lalu dan telah pun mengumpul tujuh penampilan.
Pemain yang paling jelas mempunyai hubungan darah dengan Indonesia adalah Kevin Diks yang kini beraksi untuk kelab ternama Denmark, FC Copenhagen. Beliau pernah menyertai Fiorentina pada 2016 dan hanya membuat dua penampilan sebelum dipinjamkan ke Vitesse, Feyenoord dan Empoli.
🇮🇩 Reportedly, former Feyenoord and Netherlands U21 player, Kevin Diks is keen to represent Indonesia. The player with Indonesian descent however has not received a call from PSSI. pic.twitter.com/5t7MBnvvxI
— 1 Play Sports (@1playsports) September 17, 2020
Ketua Umum PSSI, Mochamad Iriawan dalam responnya terhadap permintaan Shin Tae-yong itu menjelaskan pihaknya akan mengkaji terlebih dahulu latar belakang keempat-empat pemain tersebut dan melihat sejauh mana kemungkinan mereka untuk diserap bersama skuad Garuda dalam masa terdekat.
“Saya bilang, semua pemain itu adalah hak jurulatih untuk mencari. Tak ada pemain yang [salah] dia minta. Jadi saya memang berikan kebebasan pada Shin. Dia ajukan itu tentunya kami akan dalami dan kaji,” kata Iriawan.
“Proses [menjadi warganegara Indonesia] cukup panajnag, tetapi kami akan laporkan kepada pihak kerajaan, minta supaya dipercepatkan urusan mereka untuk menjadi pemain kebangsaan.”
Dalam pada itu, Shin Tae-yong yakin pasukannya mampu memberi cabaran kepada pasukan Asia tenggara lain sekiranya empat pemain ini sekiranya dapat disenaraikan bersama pasukan, sekaligus menjuarai Piala AFF buat kali pertama sejak diperkanalkan pada 1996.
“Ini sepatutnya tidak disebut naturalisasi, karena mereka sudah mempunyai darah Indonesia. Saya sudah mengajukan ke Ketua Umum, dan dia mengaku akan berusaha membantu,” ujar jurulatih warga Korea Selatan itu.
“Kalau empat pemain itu ada di pasukan Indonesia, pasti akan boleh jadi kuat di ASEAN dan sebenarnya ada lagi selain empat pemain itu, tapi fokus dulu empat pemain yang sudah saya ajukan.”