Liberia Sudah Tersingkir, Kpah Sherman Mahu Fokus Bantu Kedah Yang Masih Bersaing

Kpah Sherman Kedah Liberia Piala Malaysia 2021

Berbanding tugasan skuad kebangsaan bersama Liberia, Kpah Sherman mahu fokus kekal di Kedah Darul Aman FC untuk aksi suku akhir Piala Malaysia 2021 menentang Johor Darul Ta’zim (JDT), malam esok.

Beliau telah meminta pelepasan daripada skuad kebangsaannya kerana mereka telah pun tersingkir daripada pusingan kelayakan Piala Dunia 2022 Zon Afrika. Jadi, daripada pulang, beliau rela untuk kekal di Kedah.

Hasratnya untuk kekal membantu Kedah telah dibantu hasil perbincangan pengendali Kedah, Aidil Sharin Sahak bersama pengendali skuad kebangsaan Liberia, Peter Butler. Katanya, “Selepas dihubungi, jurulatih saya di sini [Aidil Sharin] berunding dan menyatakan hasrat saya mahu membantu Kedah dalam saingan Piala Malaysia.”

Sebagai pengendali yang pernah mengendalikan pasukan di Liga Malaysia, Peter Butler tentunya arif dengan prestij Piala Malaysia. Beliau pernah membimbing Sabah, Kelantan, Terengganu dan T-Team (kini TFC II).

Tambah Kpah Sherman lagi, “Apa yang penting buat masa ini adalah untuk mendapatkan kejayaan buat Kedah pada aksi Piala Malaysia. JDT sebuah pasukan yang kuat dari segala segi, namun kami mahu pastikan aksi terbaik kami kali ini untuk menghadapi mereka dan berharap segala rancangan kami kali ini mencapai kejayaan.”

Keputusan yang diambil jelas berat kerana tidak mudah buatnya untuk mendapat panggilan skuad kebangsaan. Saat ini, beliau sentiasa mendapat kepercayaan Peter Butler untuk bergandingan bersama Van-Dave Harmon.

Begitupun, Liberia sudah tersingkir daripada saingan kelayakan apabila hanya mengumpul tiga mata daripada empat perlawanan dalam aksi Kumpulan C yang melibatkan Nigeria, Cape Verde dan Central African Republic.

Mereka berada di dasar kumpulan, enam mata di belakang pendahulu, Nigeria dengan berbaki dua perlawanan sahaja lagi. Kpah Sherman berhasil mencetak satu gol ketika menang 1-0 ke atas Central African Republic.

Sementara itu, menurut laporan berita di sana, yang dilaporkan AllAfrica.com, ketiadaan Kpah Sherman adalah satu tamparan buat Peter Butler yang telah menggunakan gandingannya bersama Van-Dave Harmon sepanjang pusingan kelayakan kali ini. Hanya sekali beliau dikeluarkan sebelum 90 minit iaitu ketika berdepan Nigeria.

Memetik berita itu, Kpah Sherman dikatakan mahu menyelesaikan masalah visa di Kedah yang akan berakhir pada 21 November ini dan jika pulang ke Liberia, beliau risau tidak boleh masuk semula ke Malaysia selepas itu. Oleh itu, beliau telah memohon kebenaran untuk kekal di Malaysia untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN