Xavi Hernandez dilaporkan telah mengimplementasi lapan peraturan baharu sebaik sahaja disahkan sebagai pengurus Barcelona yang baharu.
Xavi diperkenalkan secara rasmi sebagai pengurus baharu Barcelona pada Isnin lalu, selepas seminggu rundingan diadakan dengan bekas kelab, Al-Sadd.
Berstatus pemain legenda kelab, Xavi kembali ke Nou Camp selepas enam tahun meninggalkan gergasi Catalan itu.
😍 An unforgettable day!
👀 An insider's view of Xavi's presentation! pic.twitter.com/v5CU7NPVp9
— FC Barcelona (@FCBarcelona) November 9, 2021
Beliau beraksi bersama Al-Sadd selama empat musim sebelum dilantik sebagai Ketua Jurulatih kelab Qatar itu. Beliau telah melatih Al-Sadd selama dua musim.
Walaupun sebelum dilantik selaku pengurus Barcelona, bekas pemain tengah itu sebelum ini lagi sudah pun berjanji akan melaksanakan peraturan-peraturan lebih ketat di bilik persalinan sekiranya dilantik sebagai pengendali baharu menggantikan Ronald Koeman.
Dan terbaru, Diario AS mendedahkan Xavi sudah pun melaksanakan peraturan-peraturan baharu tersebut pada hari pertama beliau mengendalikan sesi latihan bersama pemain.
Cuando entras al vestidor y ves la plantilla actual del Barcelona.
Mucho trabajo por hacer para Xavi. pic.twitter.com/6GAqcB3rdj
— Memorabilia Rey (@MemorabiliaRey) November 9, 2021
Mula mengendalikan latihan pertamanya semalam, bagaimanapun tidak ramai pemain skuad utama yang hadir.
Hanya lima pemain utama dikatakan menghadiri sesi latihan pertama tersebut, dengan selebihnya terpaksa disisihkan kerana kecederaan dan selebihnya bersama pasukan masing-masing kerana komitmen antarabangsa.
Menurut Diario AS, lapan peraturan yang mulai diimplementasi dan diperkenalkan Xavi adalah seperti berikut:
Coach Xavi taking charge of his first @FCBarcelona training session ✅ pic.twitter.com/SIqStm2RGT
— 433 (@433) November 9, 2021
- Pemain wajib tiba sejam setengah lebih awal untuk sesi latihan.
- Kakitangan bukan pemain pula wajib hadir dua jam sebelum latihan dimulakan untuk tujuan persiapan.
- Setiap pemain wajib makan di pusat latihan, Cuitat Esportiva berdasarkan menu dan diet yang telah ditetapkan oleh pihak kelab.
- Lewat untuk hadir mengikut masa ditetapkan akan menyebabkan pemain didenda. Kesalahan berulang akan menyebabkan jumlah denda akan berganda.
https://twitter.com/433/status/1458169560172048392 - Pemain tidak dibenarkan pulang ke rumah melebihi jam 12am, 48 jam sebelum perlawanan.
- Tempat di dalam kesebelasan utama akan ditentukan berdasarkan prestasi ketika latihan. Tiada keistimewaan atau jaminan diberikan kepada mana-mana pemain.
- Semua aktiviti yang memberikan risiko kecederaan (seperti luncur air) adalah tidak dibenarkan sepanjang musim berlangsung.
- Pemain mewakili nama Barcelona, dan setiap pemain wajib menjaga tingkah laku dengan sebaik mungkin sama ada ketika bersama pasukan atau pun ketika bercuti.
Apakah pendapat anda tentang peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Xavi ke dalam pasukan?