Nota Buat Safawi Rasid: Tips Untuk Buat Panenka Ketika Sepakan Penalti

Safawi Rasid penalti Panenka JDT Sabah Piala Malaysia

Johor Darul Ta’zim (JDT) menang 3-0 ke atas Sabah FC dalam aksi Piala Malaysia 2021 dan mara ke suku akhir, tetapi kegagalan penalti Panenka Safawi Rasid yang lebih menarik perhatian pemerhati bola sepak Malaysia.

Ia telah menerima pelbagai kritikan disebabkan tindakannya yang mahu membuat aksi ‘fancy’ ketika mengambil sepakan penalti tersebut. Ia gagal teruk apabila penjaga gol Sabah tenang dan mudah untuk menangkapnya.

Begitupun, ia bukanlah penamat kepada segalanya. Malah pemain terhebat di dunia pun pernah melakukan kesilapan yang sama ketika membuat sepakan Panenka sebegitu antaranya pemain Man City, Sergio Aguero.

Nota kepada Safawi Rasid ini adalah berdasarkan artikel asal ESPN selepas kegagalan penalti Panenka Sergio Aguero yang menyebabkan dirinya tampak ‘bodoh’ – menurut bekas bek tengah Perancis, Frank Leboeuf.

Jadi apa perkara penting sebelum membuat Panenka? Ini penjelasan penciptanya ketika saingan Euro 1976 kepada ESPN sekitar tahun 2016, iaitu pemain Czechoslovakia, Antonin Panenka. “Saya membuat larian sedikit dari sudut sebelah kiri untuk buat penjaga gol fikir saya akan membuat sepakan ke arah kanan gawang gol.”

“90 peratus sepakan itu selalunya akan ke kanan, jadi penjaga gol akan ‘terbang’ ke kanan. Apa yang saya perlu lakukan hanyalah membuat ‘chip’ perlahan ke bahagian tengah gawang gol,” ungkap Antonin Panenka.

1. Pastikan sepak ke arah sasaran

Ini adalah perkara asas sepakan penalti iaitu menyepak bola ke arah sasaran yang ditetapkan. Untuk Panenka, sasarannya adalah tengah gawang. Namun, untuk membuat ‘chip’ ke arah sasaran, bukanlah tugas mudah.

2. Fokus dan jangan rasa terganggu

Penjaga gol sentiasa akan cuba psiko anda dengan pelbagai cara. Percayalah, jangan sesekali termakan dengan gaya dan perang psikologi yang dimainkan oleh penjaga gol sebagaimana klip Panenka yang gagal ini.

3. Jangan ‘tunjuk’ anda akan buat Panenka

Jangan terlalu tunjukkan kepada penjaga gol yang anda akan membuat Panenka. Gerak badan anda perlu mampu memperdaya penjaga gol lawan, malah mungkin satu stadium juga tidak mampu jangkakannya.

4. Jangan sepak terlalu lemah

Harus diingat, anda perlu menyepak bola dengan tenaga yang mancukupi untuk bola tersebut tiba ke garisan gol dan menerjah gawang. Jangan terlalu ‘fancy’ atau terkurang tenaga ketika melepaskan sepakan itu.

5. Jangan ‘terjatuh’, pastikan tapak anda kuat

Sangat penting untuk anda berada pada kedudukan yang baik ketika melakukan sepakan. Untuk Panenka, anda perlu pastikan anda kekal tegak dan tidak terlalu mengiring sehingga membuatkan anda boleh terjatuh!

Penutup

Untuk Safawi Rasid, musim ini adalah musim yang beliau harus segera lupakan dan kembali bangkit kepada prestasinya satu masa dahulu. Kegagalan Panenka ini mampu untuk merosakkan lagi tahap mentalnya.

Bagi pengendali JDT, Benjamin Mora ketika dalam sidang media, “Safawi telah pun buktikan kepada semua tentang kualitinya, kelebihannya, juga tentang kepakaran serta kemahirannya untuk meledak gol.”

“Kali ini, dia teringin untuk berbuat begitu [Panenka]. Dan saya sentiasa menyokong apa yang dia lakukan. Ini bola sepak, kita nak enjoy dan beri sesuatu yang menghiburkan kepada penyokong,” ujar Benjamin Mora sambil tidak menyalahkannya, malah suka pemainnya untuk mengambil risiko dan mencuba sesuatu yang berbeza.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN