Penang FC Perlu Fikir Cara Efektif Sekat ‘Mohamed Salah’ Malik Jika Mahu Bangkit

Abdul Malik Mat Ariff Sri Pahang Mohamed Salah Liverpool Penang FC

Seperti kata pengendali Sri Pahang, Dollah Salleh, Abdul Malik Mat Ariff telah mengambil inspirasi daripada penyerang Liverpool Mohamed Salah ketika mereka menundukkan Penang FC 4-0 di Stadium Darul Makmur.

Jadi, mampukah beliau mengulangi prestasi tersebut semula dalam aksi di Stadium Bandaraya pada malam ini? Malik berhasil mencetak dua gol malah, Sri Pahang akhirnya menamatkan rentetan tanpa kemenangan mereka yang telah berlanjutan untuk tujuh perlawanan – iaitu dari saingan Liga Super sejak awal Ogos lalu.

Bukan mudah untuk bangkit daripada banyak kegagalan dan kritikan. Sri Pahang membuktikan mereka mampu bermain dengan baik dalam beberapa perlawanan terakhir sebelum meraih kemenangan besar tersebut.

Dollah Salleh berkata, beliau telah berjaya mendapatkan yang terbaik daripada Malik selepas mengujinya di beberapa posisi dan pada perlawanan itu, sebagai penyerang utama, Malik mempamerkan sentuhannya.

Ujarnya, “Saya sudah nampak kelebihan Malik sebagai penyerang utama. Sebelum ini, saya selalu tukar-tukar posisinya, tetapi saya nampak dengan kehadiran Malik di depan, dia selalu membuka ruang untuk pemain lain.”

“Saya pun ada cakap kepadanya, awak [Malik] tengok Liverpool lawan Man United, macam mana [Mohamed] Salah main. Dia lari kanan kiri, turun dan sebagainya. [Kalau] Awak buat macam itu, pasti pasukan berubah. Alhamdulillah, dia buktikan,” ungkap Dollah Salleh dalam sidang media selepas menang ke atas Penang FC.

Sesuatu yang perlu difikirkan adalah sebenarnya Penang FC tidak berada dalam kondisi terbaik mereka, tidak seperti ketika mereka bermain dalam saingan liga. Mereka juga kehilangan beberapa pemain utama.

Antara tonggak yang tidak bermain tempohari adalah Sam Somerville, Rafael Vitor, Quentin Cheng, Khairu Azrin Khazali dan penyerang sensasi, Casagrande. Sudah dua kali mereka gagal untuk merekodkan mata penuh.

Belum mahu mengalah apabila saingan peringkat kumpulan Piala Malaysia masih berbaki tiga perlawanan, Penang FC berazam untuk bangkit di Stadium Bandaraya di hadapan penyokong sendiri pada malam ini.

Ujar pengendali, Tomas Trucha, ” Bagi saya kekalahan ini bukan disebabkan seorang pemain sebaliknya mereka tidak beraksi sebagai satu pasukan terutama daripada segi komunikasi di kalangan pemain. Saya harap pemain bangkit untuk mencatat kemenangan selepas mengutip satu mata daripada tiga perlawanan.”

“Saingan Piala Malaysia masih lagi berbaki tiga perlawanan dan saya akan memastikan Penang FC dapat memanfaatkannya untuk layak ke pusingan seterusnya,” ungkap pengendali berusia 50 tahun itu lanjut.

Dengan kebangkitan semula Sri Pahang dan kehadiran ‘roh’ Mohamed Salah dalam diri penyerangnya, Abdul Malik Mat Ariff, pengendali dan pemain Harimau Kumbang perlu fikirkan cara efektif untuk menyekatnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN