Piala Malaysia: Tok Gajah ‘Naik Minyak’ Buat Dollah Salleh Kembali Tersenyum

Dollah Salleh Sri Pahang Penang FC Tok Gajah

Selepas rentetan keputusan kurang baik, akhirnya Tok Gajah berjaya meraih kemenangan pertama dengan menewaskan Penang FC 4-0 di Stadium Darul Makmur dan menggembirakan pengendalinya, Dollah Salleh.

Dua gol oleh Abdul Malik Mat Ariff dan satu gol oleh Manuel Hidalgo dan Abubakar Yakubu memusnahkan impian Penang FC untuk meneruskan rekod baik mereka ke atas Sri Pahang ketika di saingan Liga Super.

Turun tanpa lima pemain antaranya Khairu Azrin Khazali, Rafael Vitor dan Quentin Cheng menyaksikan Penang FC sedikit bergelut untuk menguasai permainan. Sri Pahang terlebih dahulu beberapa kali menekan pelawat.

Selepas tiga kali mengasak gawang Penang FC, Sri Pahang akhirnya membuka jaringan menerusi Abdul Malik Mat Ariff yang menyambar bola yang ditepis Bryan See hasil percubaan deras Zuhair Aizat ke pintu gol lawan.

Bryan See yang menggantikan Sam Somerville di gawang sebelum itu telah dua kali menyelamatkan percubaan tuan rumah, namun untuk percubaan tepat ketiga Sri Pahang itu, beliau gagal menepis dengan kemas sebelum bola tersebut telah disambar penyerang, Abdul Malik Mat Ariff yang berada di depan pintu gol di minit ke-11.

Sri Pahang mempamerkan penguasaan permainan yang baik sejak dari wisel permulaan menyukarkan skuad Harimau Kumbang untuk membina asakan ke kubu Tok Gajah. Jarang sekali pelawat hadir ke defensive third tuan rumah dengan percubaan pertama hadir selepas 20 minit aksi menerusi sepakan percuma Danial Ashraf.

Ketinggalan satu gol, Penang FC menerusi kaptennya, Endrick dos Santos membuat dua percubaan antaranya rembatan deras ke gawang Sri Pahang, namun ia berjaya ditepis oleh penjaga gol, Zarif Irfan di minit ke-32.

Pelawat sudah dilihat berjaya bertenang dan mengimbangi perlawanan selepas setengah jam perlawanan dengan mengurangkan asakan lawan serta kembali mengasak ke kawasan defensive third walaupun kurang menjadi. Kebanyakkan asakan yang dicipta Penang FC adalah menerusi rembatan luar kotak Endrick.

Benteng tuan rumah yang diketuai Herold Goulon dan Nick Swirad tampak kukuh bertahan menepis asakan.

Sri Pahang menambah jaringan di awal babak kedua, di minit ke-48 menerusi arkitek, Manuel Hidalgo, bermula daripada lontaran ke dalam di kawasan defensive third Penang FC, disudahkan dengan rembatan deras yang menggegar jaring gol pelawat. Ia merupakan jaringan pertamanya di Piala Malaysia dan ketiga musim ini.

Kali terakhir Tok Gajah meledak dua gol adalah pada 1 September lalu di saingan Liga Super ketika terikat 2-2 menentang Kedah Darul Aman FC dan kali terakhir mereka menang adalah pada 1 Ogos, 1-0 ke atas PJ City FC.

Terdesak untuk memperbaiki jentera tengah dan serangan, Tomas Trucha membuat dua pertukaran awal di minit ke-55 dengan memasukkan Fadhil Idris dan Jafri Firdaus Chew. Namun, ia mengundang gol ketiga oleh tuan rumah akibat transisi pemain yang berlaku menerusi gol kedua peribadi oleh Abdul Malik Mat Ariff.

Ia bermula dengan kesilapan Bryan See ketika mengambil sepakan gol yang berjaya diperolehi oleh Hidalgo yang seterusnya melambungnya kepada Abdul Malik Mat Ariff yang menanti di dalam kotak penalti pelawat.

Minit ke-72, pemain gantian, Baqiuddin membuat satu hantaran lintang yang kemas sebelum ditanduk oleh Abubakar Yakubu untuk jaringan ke-4 tuan rumah. Ia adalah jaringan pertama pemain kelahiran Ghana itu.

Ketinggalan empat gol menyaksikan Penang FC semakin hilang fokus dan mudah memberikan Tok Gajah penguasaan bola selain memudahkan Dollah Salleh mencatur lagi asakan demi asakan ke atas mereka.

Sri Pahang tidak meneruskan pesta gol mereka ke atas Penang FC dan akhirnya menyaksikan mereka meraih tiga mata pertama di Piala Malaysia. Penang FC pula terus gagal memburu tiga mata pertama dalam tiga aksi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN