EPL: United Tiada Masalah Tumbangkan Tottenham Di London

Manchester United merakamkan kemenangan yang cukup penting buat mereka apabila menumbangkan Tottenham Hotspur di utara London dengan jaringan 3-0.

Beraksi dalam perlawanan yang agak perlahan, United yang hadir dengan tekanan menggunung tidak berjaya mendapatkan jaringan awal walaupun tuan rumah cuba untuk mencabar.

Mereka berjaya mendahului menerusi jaringan Cristiano Ronaldo yang menghasilkan rembatan voli yang cukup hebat.

Hantaran dari Bruno Fernandes berjaya disambut oleh Ronaldo untuk membolehkan pasukan pelawat mendahului.

Tuan rumah cuba memberikan saingan dengan gol dari Christian Romero tidak berjaya memberikan hasil.

Hal ini kerana beliau berada dalam kedudukan ofsaid sewaktu bola sampai ke penguasaannya.

Separuh masa kedua menyaksikan kedua-dua pasukan lebih berusaha untuk mendapatkan gol.

Namun, tuah ternyata memihak United yang beraksi lebih baik ketika mendapat peluang, hal ini kerana Tottenham langsung tidak ada sebarang percubaan tepat ke arah gol.

Edinson Cavani pula berjaya menjadi penjaring kedua United dengan penyudah pada minit ke-64.

Menerusi satu gerakan kilat, gandingan Fernandes dan Ronaldo berjaya memecahkan pertahanan Tottenham dengan hantaran bintang Portugal itu berjaya menemui Cavani yang menewaskan Hugo Lloris.

Kemenangan United kemudiannya disahkan oleh jaringan minit akhir permainan oleh Marcus Rashford.

Dua pemain gantian iaitu Rashford dan Nemanja Matic bergabung dalam menciptakan gol ini.

Hantaran baik dari Matic membuka ruang larian buat Rashford yang kemudiannya menjaringkan gol ketiga yang memateri kemenangan United di London.

Secara keseluruhannya, United berjaya respon kepada kekalahan memilukan minggu lalu dengan menewaskan Tottenham.

Ianya semestinya memberikan kelegaan sedikit buat Ole Gunnar Solskjaer tetapi lebih pening kepada buat Nuno Santo.

Keputusan penuh, Tottenham Hotspur 0-3 Manchester United.

Leave a Reply