Dalam analisis kali ini, saya akan lebih banyak membincangkan isu kerapuhan pertahanan Terengganu. JDT masih mampu menang selesa walaupun tidak berada dalam prestasi terbaik.
Permulaan
JDT turun dengan formasi kegemaran mereka dengan 4-4-1-1. Menggandingkan Safiq Rahim dan Amirul Hadi di pivot. Di sayap kanan – Amri Yahyah menggantikan Azinee Taib.
Terengganu turun dengan formasi 4-3-3/4-3-2-1. Mereka menjadikan Issey sebagai penggerak utama di barisan hadapan.
Analisis Taktikal JDT
Double Pivot JDT Kurang Intensif
Dalam perlawanan ini, Safiq Rahim agak terlalu ke bawah kerana ketiadaan Harris Harun. Ia bukan pilihan yang bagus untuk membiarkan Amirul Hadi terlalu berseorangan di belakang.
2 pemain yang memiliki karakter yang sama iaitu bermentaliti menyerang. Ia antara sebab gerakan-gerakan JDT tidak cukup tajam di bahagian tengah dan mudah dipatahkan oleh midfielder 3 Terengganu.
Double pivot yang baik biasanya – salah seorang perlu lebih defensif dan salah seorang pula lebih ofensif. Pada separuh masa kedua ketika Safiq lebih aktif untuk ke hadapan – Gomez sedar akan kepincangan itu.
Beliau terus memasukkan Gary Steven yang merupakan pemain tengah bertahan. Ia adalah untuk memastikan pivot lebih fleksibel.
Lucero Agak Terasing
‘Isolated’ adalah istilah yang kerap digunakan oleh pengulas pengulas Eropah. Keadaan ini berlaku kerana team play JDT dalam perlawanan ini tidak cukup tajam.
Mereka banyak bergantung kepada gerakan yang lebih langsung (direct). Lucero tidak banyak menerima bola terutama daripada Diaz.
Bahagian Sayap JDT Kurang Tajam
Satu lagi aspek yang jelas adalah gerakan mereka di bahagian sayap yang kurang tajam. Azamuddin Akil dan Amri tidak memberikan servis yang berkesan kepada pemain serangan.
Kerapkali S.Kunanlan menjadi pemain utama yang menguasai bahagian sayap untuk mencipta peluang. Kunanlan juga memenangi 1 penalti untuk JDT.
JDT Bertahan Dengan Stabil
JDT sentiasa mengecilkan ruang ketika bertahan dan kekal kompak. Walaupun Amirul Hadi dan Safiq memberikan perlindungan yang agak ‘biasa’ – namun keupayaan mereka untuk kekal dalam posisi yang teratur ketika bertahan menyukarkan Terengganu.
Fokus mereka adalah untuk memutuskan talian hantaran kepada Bogdan Milic. Milic tidak selesa dengan tekanan yang dikenakan ke atas beliau dan kerap turun ke bawah sedikit sehingga beliau seakan-akan bermain peranan decoy no.9.
Diaz Sentiasa Serius Dalam Urusan
Ini adalah faktor terbesar kemenangan JDT. Daripada 3 gol JDT – 2 daripadanya adalah melibatkan beliau secara langsung dan tidak langsung. JDT agak kucar-kacir dan tumpul dalam perlawanan ini.
Gol kedua JDT adalah usaha Diaz untuk memintas hantaran lemah Hasmizan. Manakala gol ketiga pula kerana komitmen Diaz untuk cuba melakukan sesuatu di dalam kotak penalti.
Beliau memiliki work rate yang sangat tinggi dalam perlawanan ini seperti kebiasaannya.
Analisis Taktikal Terengganu
Terengganu Tumpul Dan Kurang Kreatif
Terlalu banyak gerakan yang dialirkan ke wide area kerana tidak ada keberanian untuk memecahkan zon 14. Di bahagian sayap mereka tidak ada pemain yang benar benar ada kualiti crosses yang baik.
Joseph mahupun Ashaari adalah lebih kepada penyerang sayap bukannya penghantar hantaran lintang.
Isu kreativiti ini adalah masalah utama mereka sejak awal musim lagi. Pada berberapa fasa mereka bermain sangat baik namun terlalu banyak cubaan dilakukan dari luar kotak penalti.
Lihat situasi Issey di bawah ini, Ashaari ataupun Milic sepatutnya boleh diberikan bola through pass yang boleh menewaskan garisan pertahanan JDT yang agah goyah ketika ini.
Motivasi mereka seakan-akan semakin menurun apabila terlalu banyak kesilapan ketika bertahan walaupun penjaga gol mereka bermain sangat cemerlang.
Pertahanan Di Sebelah Kiri Adalah Weakest Link
Organisasi back 4 Terengganu agak tidak stabil di sebelah kiri. Mereka dilepasi dengan terlalu mudah. Ia adalah zon yang dikawal oleh Dhiyaul Rahman dan Bikana.
Bikana dan Hasmizan kerap berada di satu titik yang hampir sama. Ia membuka ruang besar di antara bek tengah dan fullback kiri .
Dhiyaul agak rapuh dan terlalu mudah dilepasi dan memberikan ruang sangat besar di kawasan half-space kiri. Penalti pertama JDT adalah kerana ditewaskan dengan mudah di sektor ini walaupun Dhiyaul ada dibantu Fakhrurazi.
Di bawah ini adalah situasi yang memerlukan defensive midfielder untuk mengisi ruang (fill the gap/hole) apabila ruang di antara CB dan fullback terpecah. Namun ia gagal dilakukan.
Sekali lagi zon ini terlalu mudah bocor dan mencetuskan bahaya.
JDT menyedari kerapuhan ini dan memanipulasi kelemahan ini. Jurulatih Terengganu atau kapten mahupun sesiapa sahaja di dalam padang memberitahu kerosakan organisasi mereka sepanjang 90 minit.
Ia adalah kombinasi kelemahan defensive midfielder yang tidak ada tactical awareness terutama bila bermain dengan CB yang lemah positioning seperti kes Bikana dalam perlawanan ini.
Dhiyaul Rahman pula seakan akan konflik sama ada bermain zonal marking atau man to man marking. Dia memberikan perhatian kepada Azamuddin seperti bermain sistem man marking.
Half-space dimanipulasi sekali lagi. Diaz menyerang zon itu dan menerima hantaran di titik yang boleh mencetuskan bahaya. Namun mujur hantaran Kunanlan agak tidak cukup jitu ketika ini.
Pertahanan Yang Kurang Awarness
Di bawah ini adalah gambar yang menceritakan rumusan sebenar pertahanan Terengganu. Ada satu falsafah ketika bertahan anda seboleh-bolehnya mengelakkan pemain penyerang lawan sentiasa melihat nombor jersi anda.
Ia adalah satu pendekatan yang merujuk kepada anda sebenarnya tidak sedar yang ada ancaman di belakang anda dan pemain di belakang anda meletakkan anda dalam ‘kawalan’ mereka.
Dalam gambar ini – pertahanan Terengganu sangat dimanipulasi secara visi oleh pemain-pemain JDT.
Kesilapan Ketika Bertahan
3 gol JDT adalah berpunca daripada kesilapan individu ketika bertahan. 2 situasi boleh dikira ‘come from nothing’ – melibatkan faul lemah ke atas Kunanlan yang seakan-akan berpotensi ke kawasan sudut sukar di byline.
Gol kedua JDT adalah kerana hantaran lemah merentasi kotak penalti. Ia memang lemah! Niat Hasmizan untuk memulakan gerakan dengan bola rendah setelah pemain lain mulai menyerang awal.
Dalam situasi ini adalah penting untuk memiliki pemain no.6 atau defensive midfielder untuk membantu. Di bawah ini saya sertakan pelan Tan Cheng Hoe dan Kedah untuk memastikan build up bola rendah dari belakang mudah dilakukan.
Mereka turunkan Amirul (no.6) di tengah-tengah center back. Fullback naik ke atas untuk menjadi wingback dan Liridon membantu di bahagian serangan. Sampel ini mungkin harus digunakan Terengganu.
Ini adalah contoh kedudukan pertahanan Terengganu ketika ‘malapetaka’ ini terjadi. Mereka dalam team shape yang memang hanya sesuai untuk hantaran panjang ke hadapan.
Semua pemain di hadapan ditekan oleh pemain JDT. Hasmizan cuma ada bek kanan sahaja yang tidak ditekan untuk menerima hantaran rendah. No.6 mereka tidak membantu dalam build up.
Sekelip mata Diaz memintas bola dan memenangi penalti kedua dalam perlawanan ini dan ia disempurnakan Safiq Rahim.
Ini pula adalah ketika pertahanan mereka tidak mahu komited lebih agresif untuk mematikan bola. Beliau sekadar melakukan hadangan. Ia sangat pasif (passive defending) dan selayaknya dihukum.
Verdict
Saya berpendapat ia adalah antara perlawanan yang JDT bermain dengan sangat biasa (average) namun masih boleh menang 3-0.
Ia kerana kesilapan pertahanan Terengganu yang amat kritikal dalam perlawanan ini. Dari awal Terengganu tidak memperbaiki kerapuhan pertahanan mereka secara posisi dan formasi. Mereka terlalu lama bermain dalam taktikal yang rosak.
Terengganu tidak melakukan perubahan pelan taktikal segera. Mengeluarkan pemain serangan dan memasukkan Nordin juga agak pelik.
Mereka terlalu lambat untuk memasukkan pemain seperti Hairuddin Omar dalam keadaan mereka memerlukan sesuatu yang baru di dalam padang.
Ia kemenangan berharga untuk JDT menjuarai gelaran Liga Super ketiga berturut-turut. Tahniah JDT.
Man Of The Match
Jorge Pereyra Diaz (JDT)
Baca juga :JDT Mahu Sahkan Kejuaraan Liga Lebih Awal, Terengganu Mahu Kekal Di Liga Super