Previu EPL: 5 Perkara Penting Menjelang Perlawanan Pertama Derby Manchester 2016

Pada malam ini – 7.30pm waktu Malaysia – Perlawanan tumpuan EPL sudah pastilah terarah kepada perlawanan derby Manchester yang berlangsung di Old Trafford.

1. Adakah Ini Derby Manchester Yang Terbesar Setakat Ini?

Tidak ramai yang benar-benar mengambil pusing derby ini sebelum ini kerana keunggulan Manchester United era 90-an – dimana sepanjang tempoh 90-an Manchester City tidak pernah menang ke atas United.

Tatkala United mengecapi era gemilang mereka sepanjang 90-an, City pula pernah tersingkir ke divisyen 1 (second tier) pada akhir musim 1995-96. Mereka juga tersingkir sekali lagi pada 1998 sehinggalah musim 2001.

Ada berberapa legenda Manchester United yang menyarung jersi Manchester City. Seakan-akan mereka menganggap perseteruan ini tidak sehebat Manchester United-Liverpool. Antaranya Brian Kidd, Peter Schmeichel dan Andy Cole.

3728668669_aa199aefc6_b

Gary Neville bengang apabila Peter Schmeichel menyertai Manchester City. Anda pasti ingat akan imej di bawah ini ketika Neville memberikan reaksi muka masam dan menolak untuk berjabat tangan dengan Schmeichel.

Schmeichel kemudian menyatakan beliau bukan mahu berjabat tangan dengan Gary tetapi cuma mahu memberitahu Gary berada di barisan yang salah.

main3

Keadaan ini semakin serius selepas City mengalami revolusi besar-besaran. Ramai peminat dari luar Manchester mulai merasai kehangatan derby sebenar ketika pemain seperti Tevez dan Owen Hargreaves memilih untuk menyertai Manchester City.

Carlos Tevez mungkin antara yang dibenci ramai penyokong United kerana pernah memegang sepanduk ‘RIP Fergie’ ketika City menjuarai EPL.

Ia respon kepada kenyataan Sir Alex Ferguson yang pernah melabel City sebagai jiran yang bising. Beliau juga pernah berkata,

“City menjuarai EPL?, bukan dalam hayat saya.”

Pada hari ini, harus diakui derby Manchester menjadi semakin panas daripada sebelum ini.

2. Jose Mourinho v. Pep Guardiola

Ini adalah pertemuan antara 2 pengurus yang paling berjaya di Eropah dan pernah ‘bermusuh’ di Sepanyol dalam el-classico.

Reputasi dan rekod kedua-dua pengurus ini memang telah memberikan dimensi yang baru ke dalam derby kali ini.

0myasgtbtsqfeexrokws_jose20v20pep20-20head-2-head

1jtc4lsyt3cpd0zlgtaf_jose20v20pep20-20managerial20honours

Banyak peristiwa kontroversi dalam pertemuan yang melibatkan kelab yang mereka berdua uruskan. Namun fokus utama adalah untuk memenangi perlawanan.

Ini adalah pertarungan taktikal yang akan menguji kredibiliti kedua-dua pengurus ini. Kemenangan sentiasa menjadi pilihan utama dalam perlawanan derby.

3. Perlawanan Termahal

manchester-united-city_3780630

Jika kesebelasan utama seperti di atas diturunkan dalam perlawanan malam nanti – ia akan menjadi pertemuan 22 pemain dengan nilai terkumpul terbesar dalam sejarah bola sepak dunia.

Ia mengatasi nilai pertemuan termahal yang pernah direkodkan oleh el classico pada November 2015 seperti yang tertera di bawah ini.

real-madrid-barcelona-transfers_3780651

Agak menarik apabila di antara 22 pemain yang mungkin beraksi dalam derby Manchester kali ini – Zlatan Ibrahimovic adalah pemain yang paling murah dengan nilai perpindahan percuma.

Manakala pemain termahal /pemain tengah termahal adalah Paul Pogba dengan nilai £93 juta.

4. Data Dan Statistik

Daripada 171 pertemuan mereka sepanjang sejarah kelab 71 kemenangan milik United, 49 pula milik City dan 51 lagi adalah seri.

6 pertemuan terakhir mereka diungguli Manchester City dengan 3 kemenangan, United dengan 2 kemenangan dan 1 lagi seri.

Manchester United telah memenangi 8 daripada 9 perlawanan terakhir mereka di Old Trafford. Mereka juga masih tidak tewas dalam 3 pertemuan derby terakhir.

5. Perkembangan Pasukan

Jose Mourinho mengesahkan skuad Manchester United cergas sepenuhnya menjelang perlawanan derby ini – termasuk Henrikh Mkhitaryan dan Luke Shaw.

Antonio Valencia juga diberikan kebebasan sama ada beliau mahu bermain ataupun berehat selepas baru sahaja kembali daripada aksi antarabangsa.

Marcus Rashford mungkin akan memulakan perlawanan setelah permulaan yang agak buruk oleh Anthony Martial pada musim ini.

Pep Guardiola mungkin lebih pening kali ini setelah kehilangan khidmat Aguero dan masih tidak mahu mengambil risiko untuk menggunakan Vincent Kompany.

Guardiola juga perlu memutuskan sama ada memberikan permulaan terus kepada Bravo atau mengekalkan Caballero buat masa ini di kesebelasan utama.

Ilkay Gundogan dan Leroy Sane telah kembali berlatih dan berpotensi membuat penampilan sulung mereka bersama-sama  dengan kelab baru mereka musim ni.

Guardiola mungkin akan menggunakan false 9 untuk menggantikan tempat Aguero dengan pilihan yang ada sudah pastilah Leroy Sane ataupun pemain terbaik bulan Ogos Sterling.

Sebelum Wisel

Rekod Pep Guardiola ke atas Jose Mourinho ternyata terlalu unggul. Namun senario pada hari ini adalah – Pep Guardiola masih belum memiliki kesebelasan terbaik kerana isu kecederaan dan pemahaman taktikal oleh para pemain.

Ia berbeza dengan Jose Mourinho yang kelihatan sudah memiliki kesebelasan utama yang recognized. Jadi, pada pandangan anda: Siapakah yang akan memenangi perlawanan pada malam ini?

Baca juga : Sejarah Revierderby: Permusuhan Borussia Dortmund Dengan Schalke 04

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN