Pemain ‘Berpuak-Puak’, Prestasi Merundum, Membawa Kepada Kurniawan Direhatkan Sabah?

Kurniawan Dwi Yulianto Sabah 2021

Menurut dakwaan salah satu sub Ultras Sabah, Putatan Heroes, kem Sabah FC kini telah berpuak-puak sehingga membawa kepada keputusan untuk merehatkan pengendali, Kurniawan Dwi Yulianto.

Benar atau tidak kenyataan itu, satu yang jelas, Sabah sudah lama tidak merasai nikmat kemenangan. Kali terakhir The Rhinos meraih tiga mata adalah ketika menang 3-1 ke atas Melaka United.

Selepas kemenangan pada awal Mei itu, Sabah tandus kemenangan dalam lapan aksi, malah mereka tumbang tiga perlawanan berturut-turut – tewas 0-2 kepada JDT, Penang FC (0-3) dan UiTM FC (0-4).

Tampak jurang bolos itu semakin membesar. Apa yang terjadi kepada mereka sebenarnya?

Selain itu, menurut dakwaan North Borneo Ultras (Ultras Sabah) pula yang dibuat sekitar awal Ogos lalu, terdapat masalah tunggakan gaji dalam kem Sabah yang menjejaskan rentak para pemain mereka.

“Akhir kata, buat Pengurusan Sabah FC jangan main gila dengan tidak bayar gaji pemain. Diingatkan juga buat para pemain jangan ambil mudah alasan gaji tertunggak untuk main macam haram.

“Tidak salahkan pemain 100 peratus juga kalau main bermati-matian tapi gaji sangkut,” dakwa laman Facebook Ultras Sabah itu lagi mengenai masalah tunggakan gaji yang mengganggu rentak pasukan.

Sementara itu, Patutan Heroes dalam kenyataan mereka pula mengatakan, “Info sekarang kami dengar dalam team ada berpuak-puak. Kenapa sampai begitu? Kamu mahu main bola ka apa ini?”

Jika benar kenyataan itu, mungkin pengendali, Kurniawan Dwi Yulianto gagal menyelesaikan masalah dalaman tersebut sehingga menjejaskan prestasi mereka, selain isu gaji tertunggak oleh pengurusan.

Ahad lalu, pengurusan Sabah telah memutuskan untuk merehatkan Kurniawan Dwi Yulianto daripada tugasannya sebagai ketua jurulatih dan tugas itu akan disandang sementara oleh Burhan Ajui.

Ia berikutan kekalahan 0-4 kepada pasukan tercorot Liga Super, UiTM FC – kekalahan terbesar mereka pada musim ini. Dalam aksi pertama kedua-duanya, Sabah menang dengan jumlah gol yang sama.

Ketika ini, The Rhinos berada di zon pertengahan liga, di kedudukan ke-7 dengan 19 mata. Dua aksi terakhir mereka musim adalah menentang Selangor FC (5 September) dan Perak FC ( 12 September).

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN