Pengurus Real Madrid, Carlo Ancelotti mendedahkan keputusannya tidak mendaftarkan nama Martin Odegaard untuk aksi pembukaan musim baharu menentang Deportivo Alaves adalah disebabkan persaingan sengit di posisi tengah.
Selain pemain Norway itu, Los Blancos ketika ini mempunyai deretan pemain tengah berkualiti seperti Toni Kroos, Luka Modric, Federico Valverde, Isco, Dani Ceballos, Casemiro dan juga pemain muda produk Real Madrid Castilla, Antonio Blanco.
Dengan itu, peluang untuk Odegaard mendapat minit permainan ternyata agak tipis sekiranya beliau terus kekal di Santiago Bernabeu.
https://twitter.com/SportsbookBTC/status/1426220279953444868?s=20
“Situasi Odegaard ini sama seperti [Jesus] Vallejo, di bawah sana kami mempunyai banyak pemain di posisi yang sama, jadi kami tak boleh mendaftarkan kesemua mereka untuk setiap perlawanan,” ujar Ancelotti dalam sidang media.
“Kita masih ada masa sehingga 2 September untuk membuat keputusan akhir. Saya dah maklumkan kepada Odegaard yang kita ada lapan pemain di posisinya itu, jadi saya perlu pilih yang terbaik.”
Real Madrid bakal berkunjung ke Stadium Mendizorrotza pada Sabtu ini dengan menyenaraikan Modric, Casemiro, Valverde, Casemiro dan Blanco.
Beberapa pemain yang dipinggirkan oleh Zinedine Zidane sebelum ini seperti Gareth Bale, Luka Jovic dan Isco juga termasuk dalam senarai. Eden Hazard juga disahkan cergas sepenuhnya untuk diturunkan.
Ia menunjukkan peluang dan kepercayaan yang diberikan oleh Ancelotti untuk pemain-pemain ini menyerlah bersama pasukan untuk musim baharu ini.
📋✅ Our squad for tomorrow's match 🆚 @alaveseng! #AlavésRealMadrid pic.twitter.com/DLDN3LMwVk
— Real Madrid C.F. 🇬🇧🇺🇸 (@realmadriden) August 13, 2021
Dengan jendela perpindahan yang masih terbuka, jurulatih warga Itali itu mengakui beliau mungkin perlu meminta beberapa pemain meninggalkan kelab tersebut.
Odegaard jelas bukanlah pemain yang digemari oleh Ancelotti kerana beliau pernah mendedahkan menerusi autobiografinya ‘Quite Leadership’ mengenai pemain tersebut.
Menurutnya ketika menjadi pengurus Real Madrid pada 2016 yang lalu, beliau tidak pernah berminat untuk menandatangani Odegaard dan mendakwa ia tidak lebih dari sekadar gimik dan strategi pemasaran pihak pengurusan kelab gergasi Sepanyol itu.
Ex-Real Madrid boss Carlo Ancelotti claims the signing of Martin Odegaard was a PR stunt. https://t.co/hI9EGLWCMc pic.twitter.com/MKLWgMZSA0
— B/R Football (@brfootball) June 22, 2016
Ditanya mengenai kemungkinan mengenai pemain baharu terutamanya Kylian Mbappe, tidak memberikan sebaran komen, namun mengakui perubahan besar yang berlaku terhadap musuh tradisi mereka Barcelona agak mengejutkannya.
“Saya terkejut kerana [Lionel] Messi telah menjadi muka hadapan Barcelona sejak dia kecil lagi,” tambah Ancelotti lagi.
“Apa pun saya dah terlibat dengan dunia bola sepak ini selepas 42 tahun dan saya dah lihat banyak pemain yang bertukar pasukan. Menentang Barcelona dengan keberadaan Messi atau tidak, ia tidak akan mengubah apa-apa.”
Untuk dua musim berturut-turut, Real Madrid tidak berbelanja untuk mendapatkan pemain baharu kerana pihak pengurusan kelab melihat kelab itu sudah pun mempunyai pemain yang mencukupi di setiap posisi.
Odegaard doesn't believe Ancelotti will give him the minutes he wants. In this context, Real Madrid willing to sell!
His departure to Arsenal could be made official soon, fee around €50 million!🔴🇳🇴#AFC #COYG #RMFC #Ødegaard #Transfers
[@LucasNavarreteM] – @DailyTransfer1_ pic.twitter.com/lIq1teInXt
— LastMinEqualiser⏱ (@LMEqualiser) August 13, 2021
Satu-satunya pemain yang tiba di ibu kota Sepanyol tersebut pada musim ini adalah David Alaba yang masuk secara percuma sebagai ejen bebas selepas kontraknya bersama Bayern Munich tamat pada musim lalu.
Ini selepas kelab tersebut tidak lagi menyambung kontrak kaptennya, Sergio Ramos selain menjual Raphael Varane kepada Manchester United.
Bukan lagi rahsia, kebanyakan kelab Sepanyol terpaksa mengurangkan perbelanjaan kerana terikat dengan Peraturan Kawalan Ekonomi (ECP) La Liga yang menghalang setiap pasukan berbelanja lebih daripada pendapatan.