Khabib Nurmagomedov Kini Jadi Pemain Bola, Sertai Kelab Divisyen 3 Rusia

Khabib Nurmagomedov

Siapa sangka, dari beraksi di dalam sangkar ke padang bola sepak.

Bintang UFC, Khabib Nurmagomedov kini berubah angin apabila menukar sukan dari seni mempertahankan diri campuran kepada bola sepak.

Baru-baru ini, bintang UFC dari Rusia itu telah bersetuju untuk menyertai Legion Dynamo.

Legion Dynamo merupakan kelab yang bermain di saingan divisyen ketiga Rusia.

Nurmagomedov sememangnya meminati bola sepak dan bintang Brazil iaitu Ronaldo, dan selepas bersara dari UFC beliau rajin berlatih untuk meningkatkan kualiti permainannya.

Malah, beliau mengakui banyak kelab menawarkan kepadannya kontrak selepas beliau secara terbuka mencari pasukan tetapi Legion Dynamo adalah pilihannya.

Beliau juga menjelaskan kepada penyokongnya yang dirinya perlu mengambil sedikit masa untuk berlatih kerana bola sepak berbeza corak latihannya dengan seni mempertahakan diri campuran.

Menerusi laman media sosial kelab tersebut, Legion Dynamo mengatakan mereka bersedia untuk berhadapan dengan mana-mana pasukan utama Rusia selepas berjaya mendapatkan khidmat Nurmagomedov.

“Pertarungan hebat menanti, dan kami memerlukan pahlawan yang hebat.”

“Kami bersedia menerima [saingan] daripada pasukan Russian Premier League kerana kami mempunyai Khabib Nurmagomedov.”

Khabib Nurmagomedov
Pasukan Legion Dynamo mengumumkan kemasukan Nurgamomedov dengan menyiarkan gambar ini di laman media sosial mereka. GAMBAR: Daily Mail

Pengurusan tertinggi Legion Dynamo cukup kagum dengan kualiti dan kefahaman yang ada pada Nurmagomedov terhadap sukan bola sepak.

“Saya rasakan beliau adalah penyerang yang tajam. Beliau boleh letakkan berapa saja nilai yang dimahukan dalam kontrkanya,” kata Presiden Legion Dynamo.

Legion Dynamo menamatkan saingan liga ditangga keempat pada musim lalu.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN