Brentford Garang Sengat Arsenal, Mulakan Kehidupan Di Premier League Penuh Bergaya

Brentford meraikan kemenangan pertama mereka di saingan tertinggi Liga Inggeris selepas 74 tahun dengan kemenangan bergaya menewaskan Arsenal pada perlawanan pembukaan Premier League musim 2021/22 pada awal pagi tadi.

Skuad kendalian Thomas Frank itu beraksi dengan cemerlang, menarik dan penuh bertenaga pada malam yang penuh emosi di Stadium Community Brentford, untuk menghasilkan permulaan yang sempurna pada permulaan musim ini.

Brentford yang sinonim dengan nama jolokan ‘The Bees’ telah memberikan kekalahan menyakitkan kepada Arsenal – selepas aksi longlai 90 minit ditampilkan pasukan pelawat.

Brentford sememangnya layak memperolehi pendahuluan dalam perlawanan ini, dan memperolehinya melalui sepakan leret Sergi Canos pada minit ke-22 perlawanan yang menewaskan Bernd Leno di near post. Pemain-pemain Arsenal mendakwa bola sudah pun keluar terlebih dahulu sebelum jaringan tersebut dihasilkan, tetapi aduan mereka tidak diendahkan pengadil.

Dari kalangan skuad Arseal, hanya Emile Smith Rowe yang dilihat berusaha mengubah keadaan, dan percubaan pemain muda itu memaksa penjaga gol Brentford, David Raya menampilkan aksi terbaiknya untuk menafikan jaringan buat Arsenal.

Raya sekali lagi beraksi cemerlang menafikan percubaan Nicolas Pepe – sebelum stadium tuan rumah seperti ‘meletup’ dengan keraian apabila Christian Norgard melebarkan kelebihan Brentford kepada 2-0, 17 minit sebelum masa sebenar tamat.

Arsenal turun ke dalam perlawanan ini tanpa gandingan Alexandre Lacazette dan Pierre-Emerick Aubameyang yang demam, dan terpaksa membayar harga yang mahal kerana gagal mempertahankan lontaran dalam ke jauh oleh Mads Sorensen.

Pemain pertahana baharu bernilai £50 juta, Ben White adalah pemain yang harus dipersalahkan kerana gagal mengagak dengan awal kemaraan Christian Norgaard untuk menanduk masuk hantaran tersebut.

Penyokong Brentford meraikan kemenangan tersebut seperti telah memenangi perlawanan akhir selepas wisel penamat ditiup, tetapi perkara itu nyata boleh difahami.

Tumpuan kini sudah pasti terarah kepada Mikel Arteta yang terdesak untuk Arsenal beraksi lebih baik berbanding apa yang mereka lakukan pada musim lalu.

Brentford (3-5-2): Raya; Ajer, Jansson, Pinnock; Canos, Onyenka, Norgaard, Janelt, Henry; Mbeumo, Toney

Subs: Forss, Bidstrup, Sorensen.

Pengurus: Thomas Frank

Gol: Canos (22), Norgaard (73)

Kad Amaran: Tiada

Arsenal (4-2-3-1): Leno, Chambers, White, Mari, Tierney; Lokonga, Xhaka; Pepe, Smith-Rowe, Martinelli; Balogun.

Subs: Saka, Tavares, Nelson.

Pengurus: Mikel Arteta

Gol: Tiada

Kad Amaran: Tiada

.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN