Lihat Voli Cantik Lewandowski Beri Mata Pertama Nagelsmann Bersama Bayern Munich

Robert Lewandowski menjaringkan gol pada perlawanan pertama Bundesliga buat musim ke-7 berturut-turut untuk memberikan mata pertama Bayern Munich di bawah kendalian Julian Nagelsmann.

Juara bertahan Bundesliga itu terlebih dahulu ketinggalan oleh jaringan Borussia Monchengladbach apabila Alassane Plea meletakkan pasukan tuan rumah di hadapan selepas merembat masuk hantaran rendah Lars Stindl seawal minit ke-10 perlawanan.

Ini bukan kali pertama Bayern Munich – yang muncul juara Bundeslga sebanyak sembilan kali berturut-turut – gagal menghasilkan jaringan awal pada perlawanan pertama musim baharu.

Voli cantik Lewandowski

Penyerang Poland itu tidak menunggu lama untuk meletakkan nama selaku penjaring sekaligus menyamakan kedudukan buat Bayern Munich dalam perlawanan ni.

Berpunca dari sepakan sudut yang diambil oleh Joshua Kimmich pada minit ke-42 perlawanan, Lewandowski menggunakan teknik unik menghasilkan satu voli dari dalam kotak penalti yang gagal diselamatkan penjaga gol lawan.

Tetapi Lewandowski sepatutnya menjaringkan lebih banyak gol untuk Bayern Munich pada babak kedua.

Nagelsmann masih kempunan

Nagelsmann sepatutnya mampu menjaringkan lebih banyak gol dan memberikan kemenangan pertama Bayern Munich di bawah kendalian Nagelsmann

Namun kecekapan penjaga gol dari Switzerland, Yann Sommer berjaya menafikan Lewandowski dan Bayern Munich. Pasukan tuan rumah juga memiliki beberapa peluang terhidang untuk memperolehi tiga mata dari perlawanan ini, namun peluang tersebut gagal dimanfaatkan oleh Lars Stindl dan rakan-rakan.

Lewandowski belum lagi gagal menjaringkan gol dalam setiap 11 penampilan terakhirnya di Bundesliga, dan telah menghasilkan 18 jaringan sepanjang tempoh itu.

Kali terakhir Lewandowski tampil tanpa jaringan adalah pada Februari lali.

Bayern Munich bagaimanapun belum memberikan nikmat kemenangan kepada Nagelsmann yang menyertai kelab itu dari RB Leipzig pada musim panas lalu, selepas gagal menang semua perlawanan di pra musim.

.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN