Seperti Robot, Pedri Tolak Percutian Demi Barcelona

Hujung minggu lalu, bintang Barcelona dan Sepanyol, Pedri telah turun beraksi dalam perlawanan ke-73 beliau sepanjang musim 2020/21 ini.

Bintang muda yang kini berusia 18 tahun itu turun beraksi dalam aksi perlawanan akhir di temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020 bertemu Brazil.

Perlawanan akhir tersebut berkesudahan dengan kekalahan 2-1 La Roja selepas beraksi hingga ke aksi tambahan masa, seterusnya sekadar membantu negaranya memenangi pingat perak sahaja.

Ia merupakan detik yang sungguh mengecewakan untuk Pedri dan skuad kebangsaan Sepanyol, yang menyasarkan untuk memenangi pingat emas di temasya Olimpik kali ini.

Walaupun beliau gagal untuk mendapatkan pingat emas, bintang muda itu sebenarnya masih mempunyai banyak lagi masa untuk memenangi sesuatu.

Ia merupakan detik yang sungguh membanggakan untuk bintang muda itu yang mengharungi tahun 2021 dengan sungguh luar biasa menakjubkan.

Bekas pemain midfield Las Palmas itu merupakan salah seorang pemain utama dalam skuad Barcelona dibawah kendalian Ronald Koeman.

Beliau juga merupakan pemain terpenting dalam skuad kebangsaan Sepanyol dibawa kendalian Luis Enrique.

Pedri boleh dikatakan turun beraksi dalam semua perlawanan bersama skuad kebangsaan Sepanyol ketika aksi saingan Euro 2020.

Beliau turut membuat 52 penampilan untuk skuad Barcelona sepanjang musim 2020/21.

Ketika seorang pemain muda yang baru berusia 18 tahun telah diperah begitu dalam dunia bola sepak, beliau tentunya mempunyai bakat yang sungguh mengagumkan.

https://twitter.com/FootballFunnnys/status/1423610830084624389?s=19

Jika tidak, mana mungkin khidmatnya ditagih seperti itu dan tenaganya juga diperah cukup-cukup, baik bersama kelab, mahupun bersama skuad kebangsaan Sepanyol.

Selain mempunyai bakat yang sungguh luar biasa menakjubkan, Pedri juga merupakan seorang pemain yang sangat komited.

Beliau begitu komited terhadap skuad Barcelona, bahkan tidak keterlaluan untuk mengatakan yang beliau sebenarnya terlebih komited hingga tidak memikirkan tentang dirinya sendiri.

Mengapa sampai tahap mengatakan yang beliau tidak memikirkan diri sendiri?

Kerana terdapat laporan terbaru dari salah seorang wartawan di Sepanyol, Pol Alonso yang telah menyatakan bahawa pemain midfield muda itu menolak tawaran untuk bercuti dari Ronald Koeman, kerana beliau mahu segera kembali menjalani latihan bersama rakan sepasukannya yang lain.

Pengurus Barcelona itu memberitahu Pedri bahawa beliau dibenarkan untuk bercuti sehingga 18 Ogos, namun pemain muda itu menolak tawaran tersebut dan mahu segera kembali menjalani latihan secepat yang mungkin.

Salah satu sebab mengapa beliau membuat keputusan seperti itu adalah kerana, Barcelona awalnya tidak begitu gembira dan tidak bersetuju dengan keputusannya beraksi di temasya Sukan Olimpik Tokyo.

73 perlawanan dalam satu musim bukan satu hal yang mudah, semoga saja Pedri mampu untuk kekalkan tahap kecergasannya dan tidak terlibat dengan sebarang kecederaan merbahaya.

Sayang untuk melihat pemain berbakat sepertinya diperah dan berisiko untuk mengalami kecederaan yang boleh mengganggu tahap prestasinya.

Memandangkan kepada situasi Barcelona pada ketika ini, tidak mengejutkan andai Ronald Koeman akan menyenaraikan Pedri dalam kesebelasan utamanya bertemu Real Sociedad nanti.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN