Bekas Pegawai Dedah Konspirasi Mengejutkan “Pihak Ketiga” Singkirkan Messi Dari Barcelona

Jaume Llopis, adalah salah seorang pengarah di dalam pengurusan tertinggi Barcelona yang meletak jawatan baru-baru ini kerana kecewa dengan usaha kelab mengekalkan Lionel Messi, dan membenarkan pemain Argentina itu menyertai Paris Saint-Germain (PSG).

Llopis juga percaya akan peranan dan pengaruh pihak luar, khususnya Presiden Real Madrid, Florentino Perez yang dikatakan berjaya meyakinkan rakan sejawatnya di Barcelona, Joan Laporta untuk melepaskan Messi.

Llopis juga mempersoalkan peranan Ketua Pegawai Eksekutif, Ferran Reverter yang berkuasa terhadap semua keputusan di kelab tersebut, mengalahkan presiden sendiri yang terpaksa tunduk dengan kehendak CEO.

Presiden dikelirukan?

Melalui satu temu bual bersama Cadena SER, Llopis mendedahkan: “CEO baru itu yang mengendalikan semua perkara. Saya tahu semua perkara harus melalui CEO, semua dokumen perlu ditandatangani oleh CEO, bukan presiden.

“Malah CEO turut melakukan ugutan kepada presiden Joan Laporta akan meletak jawatan. CEO juga yang mempengaruhi presiden bahawa beliau akan menanggung akibat sekiranya menandatangani konrak [La Liga] dengan CVC.

CVC adalah sebuah ekuiti persendirian yang menjana pelaburan berjumlah €2.7 billion kepada La Liga, dengan 90% daripada wang akan disalurkan terus kepada kelab-kelab bertanding.

15% daripada jumlah yang diterima setiap kelab boleh digunakan untuk tujuan mendapatkan pemain baharu dan membantu kelab mengukuhkan struktur gaji pemain.

Senario ini akan membenarkan Barcelona memiliki lebihan sebanyak €40 juta, sekaligus sokongan daripada Tebas untuk mendaftarkan Messi. CVC dipercayai memiliki klausa menghalang pengibatan Barcelona dengan Super League – perkara di mana pendirian Barcelona dicabar.

Dalam keadaan kewangan kebanyakkan kelab berhadapan kesukaran akibat pademik, CVC dilihat sebagai usaha menyemarakkan ekonomi semua kelab di La Liga, dan tidak menguntungkan  kelab tertentu sahaja seperti Super League.

“Laporta telah ditekan oleh CEO, dan pada masa yang sama, rakanya Florentino [Perez] menyakinkannya. Kedua-duanya memainkan peranan meyakinkan Laporta untuk menyingkirkan Messi [dari Barcelona] dan menolak CVC,” tambah Llopis.

Konspirasi jatuhkan Barcelona?

Selain daripada hubungan baik Perez dengan Laporta, Llopis turut mendedahkan hubungan persahabatan di antara presiden Real Madrid itu dengan CEO Barcelona.

“Messi sendiri berkata dari mulut beliau sendiri: “Saya sanggup dipotong gaji 50%, dan tidak ada perkara lain yang dipinta dari saya.” CVC bukannya dana yang akan mengikat Barcelona seperti yang mereka dakwa. Ia adalah dana yang serius bertujuan untuk pelaburan.

“Ia benar kontrak pertama [CVC] telah ditolak, kerana menurut Laporta, ia juga bermakna kita harus mengorbankan hak penyiaran selama 50 tahun. Tetapi CVC kemudian mahu melakukan rundingan semula. Tetapi mereka [Barcelona & Real Madrid] tidak mahu melakukan rundingan.

“Laporta sangat yakin dengan Ferran Reverter, CEO baru itu bahawa ianya mustahil untuk menerima CVT. Begitu juga dengan kata-kata Florentino Perez yang mahukan sangat projek European Super League diteruskan.

“Ferran Reverter dan Florentino Perez sememangnya sudah bersahabat lama, dan pakatan kedua-duanya yang meyakinkan Laporta untuk mengubah fikiran secara radikal terhadap masa depan Messi di Barcelona.

“Apa yang paling mengejutkan saya ialah masih ada 25 hari lagi sehingga jendela perpindahan ditutup. Ini bermakna masih ada masa untuk mencari jalan penyelesaian.

“Tetapi mereka enggan berunding mengenai Messi atau pun dengan CVC. Ia sudah tentu perkara yang akan menguntungkan Florentino Perez. Tindakan ini hanya akan menguatkan Real Madrid selepas ini dengan ketibaan Kylian Mbappe.”

Pasca Messi

Pemergian Messi ke PSG dipercayai akan turut memberi kesan secara langsung kepada Barcelona dari segi kewangan.

Jika sebelum ini Barcelona dianggap kelab yang mewah dengan tajaan kerana adanya pengaruh pemain seperti Messi, keadaan kini sudah pasti akan berubah.

Kegagalan mempertahankan Messi di Nou Camp turut menyebabkan keyakinan pelabur terhadap pengurusan Barcelona mulai kendur.

Brand Finance melaporkan bahawa nilai jenama kelab tersebut mengalami kemerosotan sebanyak 11% sebaik sahaja Barcelona mengumumkan Lionel Messi tidak lagi menjadi pemain mereka.

Sejak 20 tahun yang lalu Barcelona menarik penaja dengan menggunakan imej Lionel Messi sebagai kuasa tarikan utama.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN