FIFA Arah Uruguay Buang Bintang Pada Logo Jersi Skuad Kebangsaan

FIFA telah mengarahkan Persatuan Bola Sepak Uruguay (Uruguay FA) untuk membuang dua bintang yang terdapat pada jersi skuad kebangsaan negara dari Amerika Selatan itu. Uruguay bagaimanapun dengan yakin mendakwa mereka memiliki empat kejuaraan dunia untuk memaparkan empat bintang pada jersi mereka.

Puma adalah pengeluar jersi untuk skuad Uruguay dan dalam usaha mengeluarkan rekaan terkini, FIFA bertindak menyekat usaha tersebut.

Uruguay telah menggayakan jersi yang mempunyai empat bintang pada logo yang dipaparkan pada jersi sejak sekan lama – walaupun sebenarnya mereka hanya memenangi Piala Dunia sebanyak dua kali.

Uruguay muncul juara Piala Dunia edisi pertama pada 1930 dan kemudian sekali lagi muncul juara dunia 20 tahun kemudian.

Walaupun tidak menjadi masalah sebelum ini, FIFA kini melihat perkara itu sebagai satu isu yang perlukan penyelesaian segera.

Uruguay berpendapat mereka layak memakai empat bintang kerana turut mengambil kira kejayaan mereka di Sukan olimpik 1924 dan 1928.

Timbalan Presiden Uruguay FA, Gaston Tealdi turut mengeluarkan kenyataan baru-baru ini mempertahankan hak mereka menggunakan empat bintang pada jersi pasukan kebangsaan.

“FIFA sentiasa memberikan pengiktirafan, termasuk kepada umum, bahawa Uruguay mempunyai empat kejuaraan dunia kerana [bola sepak Sukan Olimpik]  pada 1924 dan 1928 dianjurkan oleg FIFA. Hanya pada 1930 mereka mahu mengadakan pertandingan secara berasingan,” kata Tealdi.

“Ini adalah peluang untuk menjelaskan situasi sebenar, dan kami amat mengalu-alukan sekiranya ia diberikan pengiktirafan dengan kadar segera.”

Uruguay kini sedang mempersiapkan dokumen berkaitan kepada FIFA untuk perkara itu diselesaikan.

Satu perjumpaan menggunakan aplikasi Zoom di antara FIFA dan Uruguay FA dijadualkan berlangsung pada hari ini.

Uruguay adalah penganjur edisi pertama Piala Dunia pada 1930 dan muncul juara selepas menewaskan Argentina 4-2 di Montevideo. Uruguay turut menang ke atas Brazil di Maracana 2o tahun kemudian.

Turut dimasukkan di dalam senarai bintang ialah kejayaan Uruguay menewaskan Switzerland 3-0 untuk pingat emas di Sukan Olimpik 1924.

Empat tahun kemudian, Uruguay sekali lagi mempertahankan pingat emas apabila menewaskan Argentina 2-1 di Amsterdam.

Pakar sejarah Uruguay, Atilio Garrido mempertahankan empat bintang yang dipakai Uruguay FA dan mempersoalkan FIFA tidak pernah mempersoalkan hal tersebut sebelum ini.

“Tiada keraguan mengenai perkara ini. Dokumen semuanya ada dan FIFA tidak pernah mempersoalkan perkara ini selama 30 tahun lalu.”

Uruguay sehingga kini masih dianggap sebagai sebuah pasukan yang sentiasa bersaing secara kompetitif di Piala Dunia.

Di edisi terakhir Piala Dunia yang berlangsung di Rusia tiga tahun lalu, Uruguay amara sehingga ke suku akhir. Pada 2010, Uruguay mara sehingga ke separuh akhir sebelum disingkirkan Belanda.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN