JDT Bukan Pasukan Berpaksikan Bergson Sahaja

JDT bukan sebuah pasukan yang berpaksikan mana-mana pemain, termasuk penyerang import, Bergson da Silva, sebaliknya merupakan sebuah pasukan yang bermain sebagai sebuah pasukan yang kolektif.

Perkara itu dinyatakan oleh Ketua Jurulatih JDT, Benjamin Mora melalui satu kenyataan pada hari ini.

“Kami di JDT bermain sebagai pasukan kolektif. Kami tidak bermain untuk seorang pemain sahaja. Kami bukan bermain untuk Bergson dan Bergson bermain untuk JDT,” kata Mora dalam kenyataan tersebut.

“Kami adalah pasukan kolektif. Jadi jika beliau memenangi kasut emas, itu adalah bagus untuknya tetapi itu tidak penting untuk pasukan. Kami fokus untuk mendapatkan tiga mata pada setiap perlawanan.”

Dalam perlawanan Liga Super yang berlangsung semalam, gol tunggal Bergson melalui sepakan penalti pada minit ke-2 perlawanan memberikan kemenangan 1-0 kepada JDT.

Keputusan tersebut turut menyaksikan JDT unggul di persada Liga Super Malaysia dengan kelebihan 11 mata dari 17 perlawanan.

Saingan terdekat, Terengganu FC berada di kedudukan kedua selepas mengutip 31 mata dari 16 perlawanan.

Konsistensi Bergson yang beraksi dalam musim pertamanya di Liga Malaysia menyaksikan pemain dari Brazil itu telah menjaringkan 17 gol, dan berkongsi kedudukan sebagai penjaring terbanyak bersama penyerang import Selangor, Ifedayo Omusuni setakat ini.

Persaingan kedua-dua pemain untuk bergelar pemenang kasut emas apabila Liga Super berakhir kini turut menjadi perhatian penyokong dan peminat bola sepak tanah air.

Ketajaman Bergson di hadapan gawang menyaksikan beliau telah meledak 6 gol dari empat perlawanan terakhir Liga Super, sejak saingan bermula kembali pada Julai lalu – termasuk hatrik dalam perlawanan menentang Perak FC.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN