Nik Sharif Akui Semakin Positif, Tak Sabar Berdepan KL City

Nik Sharif Selangor

Pemain sayap Selangor, Nik Sharif Haseefy mengakui masih bergelut mencari kecergasan terbaik apabila kali pertama turun beraksi dalam perlawanan persahabatan menentang Melaka United, minggu lalu selepas berehat panjang ekoran kecederaan.

Nik Sharif berdepan kecederaan buku lali sejak Mac lalu menyaksikan dia terpaksa melupakan 13 perlawanan Liga Super yang telah berlangsung dan masih belum berpeluang untuk melakukan penampilan pertama bersama pasukan baharunya ini.

Tetapi, peluang beraksi dalam perlawanan persahabatan minggu lalu dimanfaatkan sebaiknya untuk bekas pemain Pahang ini membuktikan dia mampu untuk kembali bangkit dalam perlawanan sebenar nanti meskipun sudah berehat panjang.

Perlawanan itu menyaksikan Selangor bagaimanapun tewas 2-3 kepada Melaka dalam aksi yang berlangsung di Stadium Hang Jebat.

“Kali terakhir saya beraksi dalam aksi kompetitif ketika Piala Malaysia musim lepas, dan perlawanan persahabatan ketika menentang Melaka tempoh hari adalah yang pertama untuk saya akhirnya sentuh bola selepas lama berehat.

“Pernah juga bersaing dengan skuad Selangor 2, tetapi bagi saya itu belum mencapai tahap intensiti yang tinggi tetapi ketika lawan Melaka, baru saya dapat rasakan yang saya masih lagi kurang cergas dan itu yang saya perlukan sekarang.

“Mula-mula saya datang ke Selangor adalah dengan misi yang besar, tetapi bila dah cedera, memang tak boleh nak buat apa, yang penting saya memang nak cabar diri saya keluar daripada zon selesa dan harap dapat diberi peluang beraksi lebih kerap selepas ini”, katanya.

Bercakap mengenai kedudukan Selangor ketika ini yang berada di tangga kelima Liga Super, Nik Sharif enggan terlepas untuk menjadi sebahagian daripada skuad yang dapat memberi impak besar membantu pasukan memperbaiki kedudukan lebih tinggi.

Meskipun dia sudah pulih, tetapi dia sedar Selangor juga turut kehilangan pemain lain seperti Shahrel Fikri yang bergelut dengan kecederaan dan semestinya pemain lain perlu bekerja lebih keras meraih pencapaian memberangsangkan, musim ini.

“Memang saya harap dengan baki perlawanan liga ini, kita dapat kumpul lebih banyak mata untuk kita capai kedudukan lebih baik.

“Sekarang saya dah mula sertai latihan bersama mereka, tetapi kita tahu ada pemain lain seperti Eky (Shahrel Fikri) yang cedera juga, jadi hanya ini yang tinggal untuk terus beri aksi terbaik.

“Kalau nak ikutkan, saya juga masa awal awal cedera berdepan emosi agak kurang stabil, tetapi sekarang bila dah pulih, saya positif selepas mengharungi permulaan yang kurang baik musim ini,”tambahnya.

Bagi aksi Liga Super yang akan bersambung semula Sabtu ini, Selangor akan menentang Kuala Lumpur City di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras. – MFL

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan:

Biarpun Lee Tuck Kembali, Mata Tertumpu Kombinasi Dechi Marcel-Habib Haroon

Kedah Berdepan Penang Dalam ‘Derbi Utara’ Tanpa Kpah Sherman?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN