Tatkala Manchester United menyangka mereka tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan Raphael Varane, laporan terkini dari media Sepanyol mengesahkan Chelsea dan Paris Saint-Germain (PSG) cuba melakukan bidaan minit akhir untuk pemain pertahanan Real Madrid itu.
United sebelum ini dilaporkan sangat hampir untuk melengkapkan perpindahan bintang Perancis berusia 28 tahun tersebut dari Real Madrid dan sanggup membayar £10.2 juta untuk gaji pemain itu.
Namun menurut Marca, Chelsea kini bersedia melakukan bidaan serius, selain PSG yang mengikuti rapat situasi semasa untuk potensi menggandingkan Varane dengan Sergio Ramos yang baru diumumkan menyertai kelab Ligue 1 itu pada minggu lalu.
🏴 Harry Maguire + Raphael Varane 🇫🇷
Manchester United's new centre-back pairing? 🤝 pic.twitter.com/jAvmreYDmU
— GOAL (@goal) July 15, 2021
Varane kini memiliki baki kontrak selama setahun bersama Real Madrid, dan Los Blancos dipercayai menuntut bayaran sebanyak £50 juta untuk pemenang Piala Dunia 2018 itu.
Ole Gunnar Solskjaer berpendapat Varane adalah pemain pertahanan tengah dengan profil yag dikehendakinya untuk digandingkan bersama Harry Maguire di bahagian benteng.
Thomas Tuchel juga adalah peminat Varane dan mahu mengandingkan pemain itu dengan Antonio Rudiger di Stamford Bridge. Berbeza dengan United, Chelsea belum lagi membuka pintu perbincangan mengenai terma peribadi dengan Varane.
Selain Varane, United turut mengejar bek kanan berusia 30 tahun, Kieran Trippier dari Atletico Madrid. Trippier yang membantu Atletico Madrid menjuarai La Liga pada musim lalu dilaporkan bernilai sekitar £18 juta.
Chelsea and PSG to hijack Manchester United's move for Raphael Varane in last minute blow… 😬 https://t.co/Y7QtRKJwFF
— SPORTbible (@sportbible) July 18, 2021
Jika United berjaya mengesahkan Varane dan Trippier pada musim panas ini sebagai pemain baharu mereka, ini bermakna Solskjaer membelanjakan £140 juta pada musim panas ini, termasuk Jadon Sancho dari Borussia Dortmund.
Legenda Arsenal, Ray Parlour berpendapat pemain-pemain baru ini akan menjadikan Manchester United pencabar serius untuk kejuaraan Premier League musim ini.
“Varane adalah pemain berkualiti tinggi,” ujar Parlour ketika bercakap kepada talkSPORT.
“Saya sangat suka melihat aksi beliau sepanjang kejohanan Euro yang lalu.
“Beliau adalah pemain pertahanan yang baik dan boleh menjadi pemain penting untuk Manchester United.
Manchester United are preparing the official bid to Real Madrid for Raphaël Varane, after direct talks since 4 days. 🔴 #MUFC
Man Utd made him a contract proposal until 2026. Varane wants a Premier League experience – he’d accept if/when Real and Man Utd will reach an agreement. https://t.co/cu03BGA2jQ
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) July 16, 2021
“Kita juga tahu apa yang Trippier mampu lakukan. Ini bermakna Man United boleh beraksi menggunakan tiga pemain pertahanan dengan [Aaron] Wan-Bissaka beraksi di tengah [bersama Varane dan Maguire].
“Trippier juga mempunyai kebolehan untuk beraksi di sebelah kiri. Maka ini bermakna beliau boleh menjadi pemain sokongan [kepada Luke Shaw] dan merupakan seorang pemain profesional berkualiti.
“Pembabitan beliau bersama England dan pengalaman dua tahun di Atletico menjadikan beliau pelaburan yang berbaloi.
“Jika anda mempunyai bahagian pertahanan yang mantap, anda akan sentiasa mempunyai peluang [mencabar kejuaraan]. Dengan barisa pemain penyerang yang mereka ada termasuk Sancho, semua ini akan mejadikan Man United pencabar utama kejuaraan musim ini.”
Baca artikel menarik lain mengenai bola sepak antaranbangsa:
Dianggap Pakar Perpindahan Chelsea, Marina Akhirnya Bertemu Buku Dengan Ruas?
5 Pembelian “Berprofil Tinggi” Yang Telah Berlaku Di Premier League Setakat Ini